Gigs Dates
Artikel
Anguish , Pahang Death Metal !!
Tuesday, 29 March 2005
Fizan daripada Visitant ingin menubuhkan sebuah kumpulan Brutal Death Metal berikutan kurangnya(atau takde langsung) kumpulan daripada Kuantan yang membawakan muzik Brutal Death Metal , susulan daripada ideanya itu beliau telah menjemput 3 orang lagi untuk bersama-sama menubuhkan sebuah kumpulan yang diberi nama Anguish , sekitar tahun 2000 , yang pada mereka nama tersebut agak bersesuaian dengan konsep muzik yang dibawakan . Pada awal permulaan mereka hanya membawakan lagu-lagu daripada Hyprocisy(old),Baphomet,Gorefest(old) dan Carcass . Selepas itu mereka telah mula membuat lagu sendiri dan telah dijemput dalam satu gig kecil di Kuantan , line-up masa itu:

Fizan (lead vocals )
Bagong (rhythm guitars)
Syaz (lead guitars)
Syah (bass & vocal)
Lee (drums)


Semasa line-up ini iaitu pada tahun 2002 menampakkan kerja keras mereka , Promo CD yang mengandungi 2 buah lagu bersama lagu cover Carcass telah dirakamkan walaupun ianya dirakamkan secara terus dengan mutu yang kurang baik mereka telah menunjukkan yang kumpulan mereka bukannya satu 'gurauan'. Promo CD ini telah banyak memperkenalkan mereka sebagai sebuah kumpulan Death Metal..

Sekian lama masa yang telah berlalu , atas beberapa masalah , perubahan line-up telah berlaku yang mana Fizan telah memutuskan untuk menyambung pelajaran dan Lee telah mengundurkan diri atas alasan peribadi .Berikutan itu perubahan posisi telah dilakukan yang mana Bagong telah mengambil alih tugas sebagai Lead Vokal dan Rhythm Guitars , Syaz diposisi Lead Guitar dan backing vokal , Syah diposisi bass dan backing vokal dan TJ anggota baru diposisi drum. Selepas ini Bermulalah satu episod yang menarik buat mereka ..

Hari-hari yang berlalu tidak dibiarkan begitu sahaja setelah memantapkan permainan mereka , Anguish kini kembali dengan mengeluarkan demo pertama iaitu 'Mass Dismemberment' yang telah dirakamkan secara lebih profesional . Ianya satu peningkatan yang positif , permainan yang begitu 'tight' kedengaran dan kali ini mereka telah mula menunjukkan 'belang' mereka malah kualiti rakaman demo kali ini agak meningkat."So far kami berpuas hati dengan dengan demo kami dari segi musik coz ,selepas t.j join banyak perubahan corak permainan kami dan kami dapat apa yang kami nak selama ni. Ok dari sudut sound kami masih tidak berpuas-hati but it's ok compare dengan promo...masih banyak yg kami perlu pelajari." jelas Syah(Bass dan Backing Vokal)

Line-Up kali ini nampak berbeza terutamanya penggunaan nama yang mana mereka lebih senang menggunakan nama sendiri berbanding penggunaan 'pseudonyms' semasa mula-mula wujud , pada mulanya terdapat kemusykilan apakah mereka telah melakukan rombakan yang besar , "Line-up semua sama ,kecuali drummers , Lee telah digantikan oleh T.j" , syah menjelaskan segala kekalutan.
Mereka juga telah memasukkan sebuah lagu lama kedalam demo ini daripada promo CD sebelumnya iaitu lagu 'Anguish' . "Lagu tu diberi nafas baru.....sebenarnya kami tak puas hati dengan promo yang kami release (2002) terutama struktur drums.....so selepas Lee(Drummer) keluar...kami dapat drummer baru ...lagu tu kami dapat bawa seperti yg di impikan . Lagu 'Anguish' tu juga adalah lagu first yg kami compose ,so kami rasa apa yang kami nak sampaikan dulu telah tercapai sekarang , begitu juga dengan lagu the 'Glorious Battle' juga diberi nafas yang baru."
Intro filem pada sesebuah lagu seperti sudah biasa didengari malah kadang-kadang tu ia agak mengganggu . Melihatkan Anguish juga ada menggunakan pendekatan ini , perlu juga pendapat mereka tentang perkara ini. "Mengganggu ? tu adalah hak individu sama ada suka atau tidak setiap lagu diselitkan intro . Bagi saya ,kami ingin membuat sedikit perubahan compare dengan promo, walaupun ini bukan sesuatu yang baru tetapi kami rasa ia adalah menarik dan sesuai dengan mesej lirik kami." tegas Syah .

Kualiti rakaman yang tak seberapa seperti sudah menjadi kebiasaan kepada kumpulan di Malaysia terutamanya kumpulan-kumpulan baru, ianya seperti satu 'sumpahan',jika dilihat sememangnya wang adalah satu masalah utama kepada kumpulan-kumpulan baru ataupun lama , adakah kumpulan-kumpulan ini sendiri tidak berani melaburkan sedikit wang dan mereka ini hanya suka-suka merakamkan demo dan mengetahui sendiri yang muzik yang dimainkan tidak seberapa."Ok firstly wang memang perlu untuk sesebuah bands,dan masalah wang juga merupakan masalah utama bagi sesetenggah bands, tetapi bagi kami masa adalah masalah utama. untuk pembikinan demo 'Mass Dismemberment', kami mengambil masa selama 8 bulan untuk disiapkan , first kami ingin merakamkan di Kuala Lumpur tetapi seperti yang dikatakan tadi masa yang telah menyukarkan kami sehingga terpaksa merakamkan di kuantan.....Banyak perkara yang terjadi ketika proses rakaman,sebelum dan juga selepas.......so akhirnya kami berjaya juga me'release'kannya.Bagi saya sound tidaklah merupakan satu perkara yang terlalu penting tetapi cara muzik atau lagu yang di sampaikan yang memainkan peranan yang penting. Cuba kita lihat sesebuah band yang habis beribu ringgit tapi lagu takde 'feel' dan sound guitar macam lalat dari mula hingga habis .... so boleh layan ke lagu macam ni walau pun sound sedap gila.Fikirkan!".Syah menyatakan pengalamannya.

Melihatkan pada biography mereka semestinya mereka agak rapat dengan Tasyim dan Visitant , malah nama kumpulan Tasyim tidak kedengaran sekian lama , khabar angin yang sepoi-sepoi bahasa pun tidak dapat dirasakan."Setahu aku tasyim dah r.i.p , lagi pun aku tak la close sangat dengan mereka.Visitant pun dah r.i.p" jelas Syah."Anguish akan merakamkan album tapi kami tak tau lagi bila".jawab Syah mengakhiri soalan bila ditanya tentang perancangan masa depan kumpulan Anguish.

Demo CD 2003 , "MASS DISMEMBERMENT"

THIS IS AVAILABLE FOR ONLY RM9 (MALAYSIA)
4USD (REST OF THE WORLD)
ALL PRICES ARE POSTAGES INCLUDED!
SEND WELL HIDDEN CASH ONLY

Contact:

SYAH
B-2649 LRG AIR PUTIH 94
JLN AIR PUTIH 2
25300 KUANTAN PAHANG D. M
MALAYSIA.

e-mail:sengsare666@lycos.com




Note:This Artikel Was Submitted On Sunday, November 23 2003
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review