Gigs Dates
Artikel
Neo-Classical, Symphonia Melonia.
Thursday, 31 March 2005
Saya baru sahaja sampai ke rumah setelah menemuramah dengan Aman merangkap pemain gitar untuk kumpulan Neo-Classical Malaysia, Symphonia Melonia di Sri Hartamas.

Untuk pengetahuan semua Symphonia Melonia adalah sebuah kumpulan yang begitu berkemahiran disamping menampilkan vokalis yang bersuara high-pitch dan bermelodi dengan muziknya boleh dirujuk daripada Malmsteem dan juga Rhapsody telah mengeluarkan 2 buah album sebelum ini iaitu 'Sayembara Kuasa'(2000) yang saya lihat album ini lebih banyak dikuasai oleh Malmsteen disektiar tahun 80an dan 'A New Beginning'(2003) yang saya lihat lebih menambahkan elemen muzik 90an dengan lebih melodik juga dibayangi oleh pemuzik handalan Rhapsody.Walaupun album 'A New Beginning' dirakamkan dalam rakaman 8-tracks soundnya juga agak baik dan bila ditanya mengenai kualiti album tersebut yang jika dibuat dengan betul pasti hasilnya lebih memberangsangkan.'Sebenarnya masa tu aku pun takde masa jadi aku tak dapatlah nak buat mixing pada masa tu jadi aku biarkanlah orang lain yang buat,jika aku buat pastinya lebih baik' begitulah maksud kata-kata Aman.

Dalam pertemuan tersebut banyak juga yang kami bincangkan disamping menjawab setiap soalan saya , beliau juga sempat memperkenalkan kumpulan projek beliau yang hanya akan mengetengahkan muzik instrumental dan menampilkan beberapa hero gitar yang begitu tidak dikenali dan low profile..ya!! Banyak mengetengahkan skill permainan gitar yang tinggi.

Saya telah sempat didengarkan beberapa lagu dalam demo tersebut yang akan memuatkan 5 atau 6 lagu yang akan siap pada akhir bulan ini..memang diluar jangkaan..peeerrgh..memang hebat!!!,walaupun saya diam sahaja namun begitu khusyuk mendengarnya menampilkan dengan muzik Speed,Progresif dan juga Power Metal digabungkan dan disemarakkan dengan riffing yang 'berapi-api' dan pantas serta penuh dengan teknikaliti dan lebih mengejutkan lagi ianya mempunyai sound yang amat baik dan pastinya anda tidak percaya,beliau hanya menggunakan rakaman 4-tracks!,bila ditanya untuk kepastian , sambil berseloroh beliau mengatakan 'Inilah hasil daripada pengalaman dan kepakaran yang ada selama ini'(gelak)

Sememangnya diakui kepakaran dan kepantasan beliau bermain gitar dan bila dikatakan beliau adalah antara sedikit pemain gitar yang yang boleh bermain seperti Malmsteen , beliau menjawab 'Sebenarnya kalau nak diikutkan memang ada juga beberapa pemain gitar(di Malaysia) yang boleh bermain gitar sepertinya(Malmsteen)' sambil menyebut beberapa nama pemain gitar yang ada di pusat latihan gitarnya Brown Black Blues(di Sri Hartamas).Dan jika anda nak mengetahui dengan lebih lanjut mengenai demo tersebut bolehlah e-mail kepada beliau di amansatch@yahoo.com . Dan jika ianya akan bersedia untuk dijual kami akan maklumkan disini.

Beliau juga ada mengatakan yang ditempat belajar gitarnya(di Sri Hartamas) juga akan dibuatkan studio dengan peralatan rakaman 24-tracks yang telah siap dipasang dan sedia untuk disewa dengan RM50 sejam(sila e-mail untuk kepastian).Walaupun beliau agak merendah diri tapi berdasarkan pendengaran saya bila mendengar demo yang telah dimixing oleh beliau,saya pasti beliau sememangnya adalah sound engineer yang agak berpengalaman

Dan temuramah penuh dan kata-kata yang betul akan dapat di ikuti di zine/majalah kami yang akan dikeluarkan nanti dan untuk pengetahuan semua kami juga akan memuatkan temuramah bersama Batara Guru didalam zine/majalah ini kerana menurut g.g , beliau tidak mahu tulisannya yang telah 'dirompak' sebelum ini berlaku sekali lagi.

(Note: This Article Was Submitted On Sunday, 18 July 2004)
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review