Gigs Dates
Artikel
E:Mail Pembaca
Thursday, 31 March 2005
Hail...
salam metal utk semua para2 editor metalterus.com, pertama sekali aku ingin mengucapkan syabas kepada lu org kerana sentiasa menyajikan webzine yg sgt menarik dan canggih pada aku.Hadirnya aku disini adalah disebabkan rasa tidak puas hati aku mengenai review stuff band2 local and luar negara yg telah dimuatkan didalam webzine ini. Tidak salah utk menaikkan band2 tanahair dgn memberi ulasan yg baik.. tp pada aku ianya lebih kepada satu penipuan. masyarakat di malaysia skrg lebih pandai menilai sesuatu yg bagus dan sesuatu yg tidak bagus.aku sendiri pernah tertipu dgn kata2 manis korang... dan sudah semestinya aku tidak akan tertipu utk kali kedua!!. contohnya yg dapat aku nyatakan disini adalah review utk Inflames 2.9/5 tapi utk necrotic chaos 5/5. di sini telah jelas bahawa org2 yg melakukan review di dalam webzine ini adalah sememangnya buta dan syok sendiri dlm menilai sesuatu kualiti musik. jgnlah kita menegakkan benang yg basah kerana ia akan merosakan industri musik kita sendiri di masa2 yg mendatang.sekian terima kasih.
maju la metal utk semua!!!! wasalam.
Daripada: yusniyusoff@xxxxxxx.xxx

Jawapan:
hail back...
Terima kasih, kerana design dan konsep tu walaupun nampak senang sebenarnya mengambil masa lebih setahun untuk memikirkannya .

Sebenarnya ada dua ulasan In Flames kat dalam tu satu pro dan kontranya dan jika anda membaca dengan betul-betul pastinya anda faham ulasan yang satu lagi itu tidak menyatakan sebarang rating kerana setiap ayatnya sudah pun menggambarkan album tersebut... nasihat saya ialah sila baca dengan betul-betul... jangan baca dengan kepala lutut.

Tentang local band tak tau lah mana yang hang maksudkan, mungkin review yang terbaru ni...dan saya tak menyesal langsung dengan review tersebut dan ianya telahpun ditulis dengan baik sekali....

hahahahahaha..Tentang Necrotic Chaos pun begitu, sebenarnya saya tergelak dihadapan komputer bila ada orang komplen mengatakan mereka tertipu dengan ulasan tersebut dalam MetalTerus.com malah ianya telah terpilih sebagai album pilihan. Jika nak diikutkan dengan pembaca di Malaysia ini sebenarnya mereka agak malas berfikir ataupun tak tau apa-apa. Saya nasihatkan bacalah dengan teliti kerana dengan terang saya mengatakan bahawa mereka memainkan Brutal Death Metal dengan tanpa sebarang melodik ! ... TAPI tak taulah kepada mereka yang tak tau bezakan antara Brutal Death Metal ataupun keaslian Death Metal dengan Swedish Death Metal / Gothenberg Death Metal ... kalau begitulah gamaknya memang patut anda tertipu .......
kerana kebodohan sendiri.

Pikrama
Ketua Editor


(Note: This Article Was Submitted On Friday, 27 August 2004)
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review