
|
Gigs Dates |
Artikel Bekas Vokalis Break The Silence Tampil Dengan Kumpulan Baru
Thursday, 31 March 2005
Sebelum ini label DemonZend ada memberitahu yang kumpulan Death Metal daripada Kuala Lumpur Break The Silence mempunyai masalah line-up dan pihak kami telah terus bersembang dengan (bekas) vokalis mereka AP, mengenai perkembangan ini. Dan beliau sendiri telah mengakuinya walaupunbegitu beliau tidak menyatakan sebab musabab mengenai kegoyahan line-up Break The Silence.Dan atas sebab itu beliau telahpun menubuhkan kumpulan sendiri yang dianggotai beliau dan dibantu seorang pemain drum, menurutnya lagi lagu-lagu untuk kumpulan 'yang masih belum diberi nama' itu telah pun siap ditulis cuma menunggu untuk praktis dan dirakamkan dan tanpa berselindung beliau mengatakan album untuk kumpulan baru tersebut akan cuba dikeluarkan dalam tahun ini juga. Dan seperti mengambil kata-kata beliau 'Lagu kali ini mungkin akan lebih pendek sikit' sambil menambah 'instrumen semuanya aku main kecuali drum sahaja', dan perlu diberitahu beliau merupakan antara yang banyak mencipta lagu ketika bersama Break The Silence dahulu. Bila MetalTerus menanyakan perkara ini beliau mengatakan, yang beliau tidak merujuk mana-mana band ketika membuat lagu, semuanya datang dengan sendiri sahaja atau bahasa pasar beliau 'Aku main bantai je buat lagu takde refer mana-mana band'. Beliau juga telah memberitahu yang kumpulan Break The Silence masih belum berpecah kerana Dol dan rakan-rakan masih ada lagi untuk menggerakkannya. (Note: This Article Was Submitted On Monday, 10 January 2005) Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |