Gigs Dates
Artikel
Ia hanyalah Satu Permulaan - Everlasting Tales
Thursday, 14 April 2005
Berada ditahap yang sering dilihat daripada pelbagai aspek bukanlah sesuatu yang mudah, realitinya Symphonic Metal merupakan yang merangkumi kepada semua perkara jika kekurangan sedikit maka ia dilihat sebagai satu kelemahan, Genre yang memerlukan kemahiran khusus terutamanya daripada segi vokal dan keupayaan membawa pendengar menyelami setiap melodinya dan saya tidak akan menjadi hakim untuk menentukan mengenai Everlasting Tales, kerana setiap keupayaan bergantung pada diri sendiri dan sedikit pertanyaan daripada Metal Terus menjawab setiap perkara yang tidak dapat dikatakan oleh mereka sebelum ini dalam memberikan sedikit penjelasan mengenai promo yang baru sahaja dilancarkan secara rasminya

Everlasting Tales Kita terus bersama Fharees untuk menjelaskan apakah promo ini satu hasil yang beliau amat berpuas hati "Secara ikhlas aku tak berapa nak puas hati sangat dengan promo ni....bukan apa ,sound ok ,memang puas la..permainan line up lain ok..tapi aku tak puas hati dengan arrangement keyboard aku..aku ingat nak buat banyak sound bagi part2 lagu tu...tapi eksperimentasi aku agak tak menjadi pasai aku guna keyboard yang agak tak sesuai untuk rakaman, sound pun tak real sangat...aku ingat nak buat sound yang lagi simfonik tapi gagal...tapi insyaALLAH...untuk lagu yang seterusnya aku akan cuba tebus balik...emm, satu lagi vokal aku memang tak bagus la..aku rasa...tentang vokalis pompuan plak..tak leh nak harap sangat pasai..dia join pun last minute pasai vokalis sebelum tu..keluaq tiba -tiba pasai masalah peribadi..so sempat jamming dua kali ja...tak bleh nak harapkan sangat yang power la...aku harap hang paham maksud aku..hehehe" Masa pihak Metal Terus berjumpa mereka sendiri, mereka juga ada menyebut, vokalis wanita telah dipilih beberapa hari sebelum rakaman promo ini dibuat dan apakah mempunyai vokalis wanita adalah satu keperluan buat Everlasting Tales "Everlasting taleS memang semenjak 2001 dibarisi oleh vokalis wanita...memang aku dah target untuk jadikan vokalis wanita sebagai penyanyi band ni..kira ada part yang stail duet la..lelaki dan wanita...ala ala nightwish...even aku tak lah nakkan vokal wanita yang sebijik mcm Tarja..kami try nak create stail sendiri la...vokalis wanita pun penting pasai watknya ada dalam saga Everlasting taleS...kira dia watak warrior princess la..hehehe". Mereka juga ada menyebut iaitu bekas ahli kumpulan Symphonia Melonia iaitu Eddy dan Badang ada memberikan serba sedikit nasihat kepada mereka, dan Fharees pun menjawab "Kira Badang dan Eddy macam mentor aku la...aku selalu contact depa tanya pendapat la...mcm
kesesuaian dalam arrangement..pastu kalau mcm main live..mcm mana ngan teknik setting sound bagi balance..tu ja...aku pun ada tanya Badang teknik-teknik nyanyian yang baik...kira depa mcm guru aku la...
"

Sebagai sebuah kumpulan baru, apakah harapan Everlasting Tales mengenai promo ini "Aku harap promo cd Everlasting taleS ni dapat diterima ramai...sebagai langkah mula untuk Everlasting taleS terus berkarya dengan Symphonic Epic Metal..." Jelas Fharees dengan penuh harapan.
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review