
Bermula sebagai satu cadangan seterusnya ianya dibawa ke sesi perbincangan akhirnya Kompilasi Metal terus bakal menampakkan hasilnya selepas meniti pelbagai idea. Kompilasi yang dihasilkan ini dilihat sebagai penuh bererti kerana penglibatan secara menyeluruh oleh komuniti Metal Terus sendiri. Secara tidak langsungnya Kompilasi ini diterajui oleh Ajak(UHP) untuk menjayakannya kerana beliau orang yang sesuai dalam menyelaras setiap cadangan malah Kompilasi Metal Terus juga akan dikeluarkan dibawah label UHP.
Kompilasi Metal Terus diusahakan dalam memberikan pendedahan kepada kumpulan-kumpulan baru yang berpotensi tapi kurang dalam jaringan promosi malah tidak ketinggalan juga kepada kumpulan-kumpulan yang telah lama bertapak untuk menggunakan kompilasi Metal Terus sebagai satu jalan pengenalan yang lebih luas kepada peminat Metal tanahair kerana kompilasi ini akan diterbitkan secara profesional dan akan menggunakan saluran pengedaran yang lebih besar.