
|
Gigs Dates |
Artikel Langsuyr - Persembahan Sulung Selepas Sekian Lama...
Sunday, 17 July 2005
Malam 16 Julai memberikan perasaan penuh nostalgia dengan menyaksikan kemunculan singkat Langsuyr dan buat pertama kalinya selepas sekian lamanya dan ia seperti begitu dinantikan oleh setiap peminat-peminat yg hadir ditambah dengan penampilan line - up asal iaitu Azmaniac , Azlanthor dan Bentara dan dibantu oleh Xxxul dan Bob Pyron.
Gig sulung ini pasti turut dikongsi mereka dengan penuh teruja melihatkan reaksi peminat yg seperti mahu merobohkan stage pada malam itu. Aksi Bentara yg tenang disamping flying V nya dan kadang-kadang tu tidak dapat menyembunyikan perasaannya dengan mengangkat sambil beraksi dengan lagak beliau seperti bersama-sama Langsuyr pada masa dulu walaupun sebelum persembahan beliau ada mengatakan agak sedikit gementar dan seterusnya pasti vokal Azlanthor turut menjadi tumpuan malah kesempatan ini beliau gunakan sebaiknya dengan aksi individu dan pelik seterusnya Azamaniac bersama gitarnya terus menerujakan setiap peminat-peminat yg headbanging dengan ganasnya. Kehadiran Bob (Pyron) dibahagian drum dan Xxxul diposisi Bass terus menguatkan lagi muzik Langsuyr. Sememangnya kemunculan pertama kali Langsuyr di gig ini merupakan satu slot disaat akhir oleh Organiser dan ianya hanya dirancangkan dengan singkat malah Langsuyr hanya diberi masa 20 ke 30 minit dan mereka sempat memainkan beberapa buah lagu seperti Tangisan Embun Pagi,In The Name Of Sil Khannaz malah mereka juga sempat memainkan sebuah lagu baru yg bakal dimuatkan kedalam album terbaru nanti yg dirancangkan akan berada dipasaran pada awal tahun depan dan mereka mengakhiri malam yg penuh sejarah itu dengan lagu My Oath For Thee. Dan seperti yg pernah dijanjikan oleh Bentara, mereka telah memberikan cd percuma (dalam 20 keping - memuatkan lagu-lagu mereka sebelum ini) kepada peminat. Walaupun dengan slot yg singkat tapi ini telah mencapaikan matlamat Langsuyr kepada peminat-peminat Metal tanahair...menandakan Gambar Gig Boleh Klik Disini Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |