Gigs Dates
Artikel
Temuramah Part 1 Bersama Eric Chia (PSE) Bercerita Mengenai Kedatangan Kreator !!!
Tuesday, 09 August 2005

Ia umpama mimpi tapi inilah realitinya...Sesapa pun seperti takkan percaya Kreator bakal beraksi dipentas Malaysia tapi kemampuan organiser gig kecil-kecilan tempatan jangan dipandang rendah kedatangan Kreator buat julung kalinya ke Malaysia adalah satu bukti. Tapi walaupun tarikh gig masih jauh lagi namun khabar angin mengenai segala macam perkara telah mula menular ianya mampu membawa keresahan tapi disini kita bersama Eric Chia (Tokey PSE Entertainment) antara orang yg bertanggungjawab membawa masuk Kreator untuk menceritakan segala-galanya ... malah temuramah ini juga telah dibuat oleh Saudara Bentara khas untuk anda semua...


Lu apa kabar sekarang?
Boleh tahan lar, ekonomi sekarang kurang bagus, jadi boleh tahan aje lar.

Sibuk ka organize Kreator ni? Cerita la sikit.
Sibuk gila, macam-macam kena buat. Biasa lar kan, company kecil, tak mampu nak ambil pekerja. One Man show lar!!! Tapi kali ni ada syer dengan kawan, jadi Two Man Show. Itu pun sibuk gila, nak kena uruskan permit, contract, promosi, sound system, hotel dan banyak lagi. Yang paling teruk sekali modal untuk bawa Kreator datang, bukan main puluh ribu, tapi ratus ribu ke atas punya. Itu yang buat poket kering ni, kena
sibuk sikit kerja bagi konsert jadi. Tapi itu pun kalau budak-budak Metal datang support lar. Bukan itu saja, kawan-kawan pun kena datang support lar. (Beli tiket, bukan masuk Free!!! heh..heh)

Gig lama lagi tak dah banyak rumours pasal gig Kreator ni. Tempat tu kelab gay la, polis rush la…apa ni?
Nama pun rumours, itu semua kata-kata orang, mungkin yang dengki. Pasal kelab Gay ni BACKROOM lama, ini BACKROOM baru, baru start berniaga 3-4 bulan, belum officially buka lagi. Kalau ada orang cakap ni Kelab Gay, mungkin dia pernah pergi kot (Special Gay Party untuk Gay sahaja ke), setahu saya ni Kelab untuk semua orang. Tapi kadang-kadang saya fikir kalau saya bikin Gay Party pun bagus jugak, sebab saya belum pernah lagi dengar Kelab Gay kena rush polis. Tak payah saya nak risau apa2. Ramai yang takut tempat ni kena rush polis sebab kawasan Chow Kit ni memang buruk imej dia ,tempat penagih, pelacur, pondan etc. Tapi BACKROOM ni dah jauh dari kawasan Black Area (Lorong Haji Taib). Lagi pun, kita sudah minta permit dengan pihak berkuasa untuk buat show. Harap2 semua akan berlangsung dengan lancar. Kami juga akan minta nasihat dari pihak polis untuk memastikan keselamatan budak metal yang datang show. Tapi harap2 peminat yang datang nanti tu bersopan lah sikit, hormati lar polis yang ada kat sana. Jangan corpse pain, pakai spike atau minum arak di luar. Berkerjasama lar supaya kita boleh terus kan perjuangan muzik Metal. Bukti kan pada mereka kita peminat mizik, bukan penagih dadah, bukansampah masyarakat, bukan penyembah saitan.

Organize band international ni susah ka? Modal mana dapat?
Mesti lar susah, kalau tak susah saya ingat dah banyak band dah masuk main kat Malaysia. Modal??? Rompak bank lar!!! Mana lagi tempat yang ada simpan duit banyak.

harapan lu, berapa orang akan datang? Realistik punya?
Saya harap 4,000 ribu orang. Itu pun yang muat kat BACKROOM. Apa lagi, beli tiket sekarang lar. Jangan meyesal kalau tak dapat tiket nanti.

Apsal CROMOK side dengan KREATOR? Apsal tak ambil FTG?
CROMOK diantara band metal yang dah lama kat Malaysia, saya pun ingat nak respect diorang sikit lar, kasi peluang. Lagi pun saya rasa scene metal kita berkembang sebab CROMOK. Pada mulanya, memang FTG opening jugak. Tapi ada masalah sikit, tak jadi.

Apsal takde opening bands? Tak rock la camni takde opening bands!
Anggap aje lar CROMOK opening band!!! Sebab saya tak nak opening band kerana masa. Saya rasa yang datang ni sebab nak tengok Kreator, bukan opening band. Saya ingin memastikan sound yang hebat untuk Kreator dan Cromok, kalau dah banyak band ni sound hujung2 speaker dah out. Nanti budak tak puas layan Kreator pulak. Lagi pun, Kreator sampai KL 25hb tengahari, nak kena sound check lagi. Kalau banyak band show kena start
awal, mana sempat nak kasi Kreator soundcheck.

APA PROBLEM PALING BESAR mau organize KREATOR ni?
PERMIT!!! Dan yang penat ni saya kena layan complain orang pasal tempat ni Kelab Gay lar, polis rush lar, tiket mahal lar, pasal apa Cromok opening lar, tempat kecil tak muat, nanti jadi ikan sardin lar......engkau lar, dah lah tau saya penat, lagi nak interview saya.

Lepas Kreator, agak-agak lu, apa band international mau kasi masuk pulak?
Tak tau lar, tapi saya ada keinginan nak bawa Helloween dan Morbid Angel.

.Kalau dah kaya organize, PSE mau tutup release band local ka?
Kawan, mana boleh kaya organize show Kreator. Lain lah kalau bikin show Michael Jackson ke, Linkin Park ke.

Harapan lu kepada KREATOR, CROMOK dan orang yang mau datang…
Harapan...datang lar ramai-ramai, tapi awal sikit sebab Box Office buka pukul 10pagi. Kalau boleh per-book tiket dulu, sebab kami estimate 4 ribu tiket aje. Jangan lupa bawa duit lebih untuk beli TS Tour Kreator, limited edition!!! Dan banyak lagi tour merchandise. Ini semua business punya otak!!! Tapi yang betul-betul saya harap, seperti yang saya katakan tadi, sopan lar sikit tingkah laku, dressing jangan extreme sangat. Ini Malaysia, bukan Eropah, macam-mana pun kita kena hormati undang-undang dan tradisi Malaysia.
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review