
|
Gigs Dates |
Artikel Temuramah Part 2 bersama Eric Chia (PSE), Mengenai Label Beliau.
Saturday, 03 September 2005
PSE sekarang apa macam? Nampak slow je. Takde release baru ka? Eh...eh, PSE mana ada slow, kan bikin show KREATOR, sibuk ni. Slow kat bahagian production album aje. Ada release baru, tapi kena hold kejap sebab dah invest duit kat show Kreator. Up-coming ada album Dark Nirrajim dan Kompilasi Northern Eruption. Metal punya market sudah slow, betul ka? Lu agak bila boleh naik balik? Sejak isu 'Black Metal' market metal memang drop gila, lagi teruk daripada time saya start PSE. Bila nak naik balik??? Itu jugak soalan yang gua dok tanya diri sendiri. tak dapat jawapan lagi lar. Harap2 lepas show Kreator ni market metal boleh naik balik. Tujuan saya bikin show ni pun sebab nak naik kan semangat peminat metal, harap2 jadi. Itu pun kalau peminat muzik metal support. Apa pasal Metal boleh jadi slow kat sini? Apa sebab? Sebab isu Black Metal lar, kawan, itu pun nak tanya. Jangan sebut pasal ni lar, benggang. Kalau Metal sudah sangat slow, apa bisnes lu mau buat dalam muzik? Entah, Psychic Scream berdarah metal lar, kalau metal slow, relek aje lar. Sekarang band baru Metal banyak, tapi market pula slow. Gig Metal tiap-tiap minggu ada. Apa lu punya nasihat pada diorang? Self-finance dan release demo yang berqualiti!!! Promote your self. Pratice lar selalu, jangan tunggu time show aje. Apa kriteria lu consider bila lu mau release satu band Metal? Yang penting sekali saya dan band members bersefahaman. Of course, muzik dia kena bagus dan ada market. Saya dah tak larat nak buat 'charity' lagi. Apa artis PSE paling laku? Selling berapa banyak? Koffin Kanser. Rahsia. Dalam Metal market tempatan, lu agak, kalau mau survive satu album mau jual berapa? Paling bagus berapa? Nak survive to 1,000 cukup. Tapi paling bagus kalau 3,000 copy. Lu habis berapa RM kalau mau release satu album Metal local punya? Kalau lu tak dapat pulang modal, marah tak? Itu terpulang, antara 3 ribu ke 15 ribu. Kalau rugi apa nak marah, sendiri tanggung lar, anggap derma aje lar. Band-band baru yang sekarang ni lu rasa mana yang boleh kasi untung punya? Boleh pegi jauh lagi? Rasa-rasa tak ada lar, budak baru sekarang pun cari album band lama aje. Ada rasa saingan tak dengan label-label Metal tempatan yang lain? Kata la lu main sign ini band, tapi tiba-tiba lagi satu label sudah sign. Itu macam, ada pernah terjadi ka? Apa lu rasa? Itu perkara biasa, business apa pun mesti ada competition, baru lar boleh improve sebab kita boleh berlajar dari kesilapan. Lu agak la, ekstrim Metal punya band dekat Malaysia ni, paling jauh boleh pergi mana? AIM? Konsert dalam TV? Apa pasal? Rasa-rasa tak ada harapan lar buat 10 tahun akan datang. Sekarang oi! banyak untung. Lu tak nak release band oi! ka? Entah lar, belum terlintas dalam fikiran. Apa kepuasan lu bikin ini PSE? Sebenarnya saya rasa kesal dan amat sedih kerana planning dan target PSE adalah sangat jauh. Tapi isu 'Black Metal' telah hancurkan impian saya terhadap PSE. Lu punya harapan pada PSE dan scene Metal tempatan? Harap market boleh naik balik, kerajaan dan rakyat boleh terima extreme metal. Maka PSE dapatlah hidup balik kat scene Metal. Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |