Gigs Dates
Artikel
Langsuyr - Studio Report
Sunday, 18 September 2005
Minggu ini, Langsuyr telah mula 'berkampung' distudio untuk rakaman album terbaru mereka 'Asyik' dan apabila pihak Metal Terus dijemput untuk 'short session' distudio, ia terus dipersetujui walaupun terlalu sibuk menguruskan Kompilasi Metal To Metals(yang sering menghadapi masalah diminit-minit akhir sehinggakan terpaksa ponteng kerja.heh.)

Pada saat tiba, mereka telah habis rakaman untuk drum dan guitar walaupun ada beberapa bahagian untuk gitar yg belum dimasukkan tapi rakaman vokal telah dimulakan, kelihatan ia bukanlah mudah malah produser album Langsuyr, CD Khanzab, sentiasa mengesan kesilapan dan inginkan sesuatu yg 'perfect'. Bila mengulas mengenai Produser, Bentara berkata 'Mudahlah guna produser ni, band pun tak pening kepala, so kita ada masa dan main(muzik) je, lagipun CD banyak pengalaman dan dia pun banyak mengajar kita, macam main gitar dengan cara lain. Dia pun dapat tangkap mana part yg tak betul walaupun kitorang tak perasan. Kalau band, kita mmg nak cepat jee tak kira macamana output, kira baguslah kerjasama dengan dia'. Sebenarnya Bentara tertarik dengan album solo CD Khanzab, walaupun berkonsepkan Pop Rock tapi ia bukanlah seperti biasa sepertimana album Pop Rock mainstream dan ianya sangat lain menurut Bentara. Atas sebab itu beliau pun memilih CD khanzab sebagai produser.

Yup mmg betul cakap Bentara, hinggakan rakaman vokal untuk sebuah lagu mengambil masa yg amat lama dan bukanlah mudah seperti yg disangka. Menurut beliau lagu-lagu baru Langsuyr banyak groove dan seperti orang akan lebih enjoy pada persembahan 'live'. Bila ditanya mengenai ClockWorks Rec. Bentara mengatakan ClockWork mampu membawa Langsuyr kearah yang lebih jauh. Langsuyr juga kali ini akan pergi sejauh mana yg mampu dan jika ada undangan untuk persembahan televisyen, mereka akan melakukannya !

Bila ditanya mengenai Langsuyr yg akan pergi lebih jauh dan menerangkan mengenai muzik mereka. Bentara menegaskan bahawa Langsuyr masih berat dan Death Metal. Cuma kalau boleh ialah mereka akan pergi sejauh yg boleh kerana kali ini dah tak rasa takut dah pasal lirik pun kira berkaitan dengan masyarakat dan keadaan semasa, cuma yg luar biasa ialah vokal dan muzik je.

Pihak MetalTerus mempunyai video mengenai Bentara menerangkan mengenai kaloberasi dengan Radhi OAG untuk bahagian vokal dan juga beliau menerangkan sikit mengenai proses rakaman yg ditambah masa, tapi disebabkan ianya kelihatan kelakar dan amature(masalah dari pihak kami) kami tidak akan meletakkannya disini..heh malu beb.

Apapun album terbaru ini akan dibuat sehabis baik dan untuk makluman para pembaca semua pihak MetalTerus telah memulakan MetalTerus TV (MtTV) dan telah merakamkan dalam bentuk video dan harap anda faham lagu dalam video pertama belum siap dan belum lagi di mixing dan mastering.

Gambar Dan Rakaman Video Dalam Studio
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review