Gigs Dates
Artikel
'New World Prosecution' Morggorm
Friday, 25 November 2005
Thrash Metal, Morggorm, telahpun mengeluarkan promo CD bertajuk 'New World Prosecution' yang memuatkan sebuah lagu. Morggorm yang mula ditubuhkan pada tahun 2003 dibarisi oleh King (drums), Ariyus (guitar) dan Kamal (vocals, bass). Lagu 'New World Prosecution' didalam promo ini akan turut dimuatkan didalam kompilasi yang akan dikeluarkan oleh Northern Warrior Production daripada Kedah.

'Pasal promo cd 'New World Prosecution' tu, proses rakaman, mastering dan cover semua dibuat di studio Morggorm Production. kami buat apa yg kami termampu sahaja dari segi sound dan juga permainan instrument dengan peralatan-peralatan yg kami ada (semua peralatan murah-murah belaka sebab kami ni bukan banyak duit)', mereka mula menerangkan tapi jangan mudah terpedaya dengan sikap rendah diri yang diberikan kerana sound untuk promo ini bukanlah sesuatu yang teruk kerana sound EQ berada dilevel yang sepatutnya menjadikan sound yang tidak mendap, malah dengan mendepankan sound gitar ia tidak langsung menenggelamkan bunyi-bunyi lain seperti vokal ataupun drum.

Satu soalan diberikan mengenai arah muzikal, adakah sebuah lagu dalam promo ini akan menjadi satu titik tolak mengenai muzik Morggorm dan sebuah lagu yang mencapai satu kepuasan buat mereka 'Sudah tentu lah kami tak mahu berpuas hati kerana kami sedar lagu kami masih banyak cacat celanya dari segi riffing, flow lagu dan sound. banyak lagi usaha yg diperlukan untuk memantapkan lagi lagu dan permainan kami. oleh itu, segala komen dan kritikan kami kaji dan terima dengan hati terbuka. lagu 'New World Prosecution ini juga bakal berada dalam kompilasi dibawah label Northern Warrior Production.' jawapan yang diberikan agak berhati-hati.

Dalam masa yang sama mereka juga mengasaskan sebuah label iaitu Morggorm Production, sehingga sekarang ini mereka masih dalam proses untuk rakaman material baru oleh kumpulan Melodik Death dari Ipoh, Enthrone Falls, yang juga merupakan produk pertama yang akan diterbitkan dibawah Morggorm Production. Malah label mereka turut merancang untuk sebuah album kompilasi tribute yg menampilkan anggota Morggorm dalam permainan instrument dan vocal akan menampilkan vocalist jemputan. projek ni juga masih di peringkat awal rakaman. Untuk pertanyaan mereka boleh dihubungi di morggorm@yahoo.com ataupun lawat laman web mereka di http://www.myspace.com/morggorm , yang turut memuatkan lagu promo cd mereka yang terbaru.

Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review