Gigs Dates
Artikel
Demonical Crisis Assembly , Antara Mastika Dan Demo Sulung Mereka
Saturday, 26 November 2005
Sebelum ini, mereka seringkali beraksi di gig tempatan. Tapi semenjak wajah dan nama mereka muncul di Mastika, ia menjadi satu ‘keglamouran’, nama mereka mula dijaja oleh media arus perdana. Kumpulan War Metal dari Shah Alam, Demonical Crisis Assembly (DCA). ‘Famous tak terkata ,kalo dulu orang tak kenal ngan DCA sekarang sejak Mastika buat DCA jadi cover untuk bulan november lepas kami dapat feedback yang boleh dianggap membanggakanlah.Tapi aku kecewa sungguh dengan mastika ni dah la tak dapat free copy, artikel yang dikeluarkan memang tak masuk akal langsung kelakar pun ader’. Drummer mereka membuat lawak mengenai artikel tersebut kerana ia memang jelas satu serkap jarang yang dilakukan oleh wartawan Mastika dan bila diminta mengulas lanjut mengenai artikel yang ditulis, beliau mengatakan ‘Artikel yg ditulis oleh pihak mastika adelah SALAH sama sekali,kami agak terkejut jugak aper yg ditulis oleh mastika tentang DCA sewaktu gig “Ceremonial...” tu.Aku siap tanyer ngan vox DCA,” btul ker ko ader cakap mcm tu?”...dier sendiri tergelak bila aper yg dier cakap tu diputar belitkan oleh pihak Mastika...cuber hang fikirkan balik,nape dorang sendiri tak tanyer kat DCA sendiri?naper dier nak tanyer ngan org lain... Isu perfomance DCA bermandikan ‘darah’ yakni sirap itu adelah bertujuan untuk menunjukkan music kami yg berunsurkan ‘war’ bila ader peperangan dah tentu la berdarah bukanlah PEMUJAAN yg di tulis oleh pihak mastika dan pihak tertentu...pasal isu black metal kat sini aku raser mcm kelakar jer sbb dorang nak samer kan scene kat luar tu ngan M’sia...aku percaya kat m’sia hanya dengar lagu jer bukan ideologi atau fahaman yg digunakan diluar...MUSIC JUST ENTERTAIMENT...mcm WWE jugak laa berdarah saner berdarah sini...’ tegas beliau.

Pada pertengahan tahun mereka telah mengeluarkan promo yang mengandungi 2 buah lagu dan menurut beliau lagi DCA dijangka mengeluarkan demo sulung mereka pada hujung tahun ini, yang bertajuk “Blood War Death”, lagu-lagu didalam promo sebelum ini akan turut juga dimuatkan kedalam demo mereka. Metal Terus sempat bertanyakan mengenai demo yang bakal dikeluarkan nanti ‘Demo yang bakal diriliskan nanti adalah kesinambungan dari promo yg telah dikeluarkan sebelum ni, dari segi sound mungkin tidak banyak bezanya dari yg terdahulu sebab kami record pada masa yang sama...lirik DCA pula banyak yang berunsur peperangan dan bukan PEMUJAAN!’.
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review