
|
Gigs Dates |
Artikel Mantak di Bawah Drakkar Production (France)
Thursday, 22 December 2005
Kumpulan Extreme Metal daripada Sabah, Mantak. Telah menandatangani 2 album bersama label Underground Metal dari Perancis, Drakkar Production. Walaupun sebelum ini khabar-khabar angin telah mula bertiup kencang mengenai perkara tersebut tapi vokalis mereka, Naz, akhirnya telah mengesahkan perkara ini terus kepada MetalTerus. Mereka bakal masuk studio pada bulan hadapan. Walaupun mereka belum memastikan mengenai studio mana yang bakal 'berkampung' oleh Mantak tapi menurut Naz, mereka pasti akan dapatkannya menjelang minggu hadapan.
Naz mengulas bila diminta pandangannya mengenai album terbaru Mantak - " Album kali ni akan memuatkan 11 buah lagu iaitu 10 lagu baru dan 1 cover song, tapi lagu cover masih belum dipilih lagi ... banyak sangat pilihan ! heh ... kami akan mula 'berkampung' kat studio awal tahun depan. Datenya, ... terpaksalah aku rahsiakan atas sebab-sebab tertentu, Tapi segala-galanya telah confirm!. Selain CD, Drakkar Pro. juga akan keluarkan dalam bentuk LP dan juga akan buat 1st official shirt kami! . Musik Mantak kali ni tak jauh beza dengan lagu-lagu kami didalam 7"EP kami dulu ... memang untuk peminat muzik yang laju dan tak berapa teknikal! Black/Thrash Metal ! sama seperti album-album kami yang terdahulu! . Kalau boleh kami juga akan minta label kat sini untuk under-licensed dalam bentuk kaset, tapi memandangkan situasi kita yang agak "mendung" ... nampaknya susah sikit buat masa terdekat ni.. " Mantak yang ditubuhkan semenjak tahun 1995 merupakan antara kumpulan extreme Metal yang paling aktif di Sabah. Mereka seringkali mengadakan persembahan disekitar semenanjung dan juga di Thailand dan Singapore. Sebelum ini mereka dibawah Nebiula Pro. dan sempat mengeluarkan 2 buah album. Album terbaru ini adalah lanjutan daripada album mereka pada 2004, malah pada tahun 2005 mereka juga telah mengeluarkan 7'EP yang mengandungi 4 buah lagu yang telah dikeluarkan oleh label L.O.D daripada France. Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |