
|
Gigs Dates |
Artikel Selamat Tahun Baru 2006
Saturday, 31 December 2005
Hampir tahun ke-5 MetalTerus.com.my telah berada diinternet. Satu projek yg dimulakan bersama pengasas Metal Terus sendiri, Bentara !. Pelbagai perubahan yg telah dihadapi, bukan sahaja daripada kami tapi juga scene Metal tempatan. Tak lama selepas perasmian pertama kami pada tahun 2001. Scene Metal telah dilanda dengan masalah yg paling teruk dalam sejarahnya.
Tapi artikel ini bukan untuk menceritakan perkara berkaitan. Tahun 2006 pasti disambut dengan sederhana oleh semua Mat Metal Malaysia. Permulaan tahun 2005 bermula dengan baik, penghasilan majalah cetakkan pertama kami berjaya direalisasikan. Diikuti dengan khabar-khabar gembira sepanjang bulan-bulan yang seterusnya. Nama-nama besar seumpama As Sahar, BlackFire, Langsuyr, Rator , Necrotic Chaos dan Sil Khannaz mula mengorak strategi mereka untuk turut sama-sama dalam arus kebangkitan scene Metal pada tahun 2005. Kemunculan semula Langsuyr begitu memberikan kejutan buat peminat-peminat Metal tanahair dan juga pembaca majalah MetalTerus versi cetakkan kami (edaran January 2005). Album terbaru As Sahar 'Jaan' juga seolah mengubat kerinduan selama ini. Keluarnya Sil Khannaz bersama VCD Rockumentary mereka, begitu menyeksakan jika diingat semula dalam kepayahan untuk mengeluarkannya ke pasaran. Kumpulan BlackFire telah berjaya menyiapkan album terbaru mereka tapi untuk melihat hasilnya dipasaran adalah satu kepayahan yang harus dihadapi untuk setiap kumpulan Metal tempatan dengan isu terbaru pastinya ia takkan muncul dalam masa terdekat. Kehadiran semula Rator dan dengan pelbagai cerita yg telah didengar mengenai mereka seolah-olah cuba menyiapkan satu puzzle, ia adalah satu teka teki. Kepayahan Necrotic Chaos untuk melihat Ep mereka berada dipasaran begitu berbaloi sekali, ia adalah perjalanan yg penuh cabaran tapi akhirnya ia menjadi satu realiti. Kumpulan daripada Utara, Samartary berjaya dengan penghasilan album pertama mereka malah telah habis dijual cetakkan pertama mereka. Tak lupa juga keluaran underground daripada Northern Warrior Pro iaitu split kumpulan Antacid, split Samartary bersama kumpulan Nocturnal - edaran underground untuk pra-album terbaru Samartary dan juga beberapa keluaran lagi daripada mereka. Penubuhan kembali Vociferation Eternity, Penakluk dan Silent Enshround , kehadiran Torch , Bazzah dan Nebiras si gig serta kejayaan kumpulan Mantak bernaung dibawah label Perancis adalah antara perkhabaran gembira untuk tahun 2006. Kumpulan veteran grind Negation yang turut terlibat bersama-sama dalam 4 way split bersama band grind daripada Malaysia, Tools Of The Trade dan Singapore, Fallen World dan Eyesore telah menampilkan sound yang terbaik sepanjang karier mereka, bila mendengar sendiri cerita dimana lagu-lagu mereka telah di mastering, ia memberi satu kejutan. Turut dalam senarai kejutan adalah kumpulan Nefariuos Azarak yg telah merombak semua muzikal mereka jika nak dibandingkan dengan demo terbaru mereka pada tahun 2005 -Ghastly Blasphemous Precision , perubahan lagu mereka dapat didengar didalam kompilasi Metal to Metals. Malah tidak ketinggalan penggerak scene Metal yang lain, mula mencorak nama dengan aksi-aksi mereka di gig tempatan. Gig yg tak pernah kurang dengan hampir setiap minggu seperti - Antacid, Devastator, Demonical Crisis Assembly, Orion, Nefarious Azarak, Violator, Everlasting Tales, Amethyst , Whispering Amok, Recidivist dan juga semua kumpulan yg pernah terlibat dalam setiap gig di Malaysia yg terlalu banyak untuk disenaraikan. Kumpulan-kumpulan baru yg begitu berpotensi seperti Dark Regime, Au Revoir, Antacid, Morggorm, Sick Society, Inhumane Sufferance,Demonical Crisis Assembly, Orion, In Torment, Ulterior Decimation dan ini bukanlah senarai yang muktamad kerana masih ada lagi kumpulan-kumpulan di luar sana yg masih tidak dapat dikesan Metal Terus. Kehadiran pemuzik handalan telah menyemarakkan lagi scene Metal di Malaysia seperti Orion yang menampilkan muzik yg begitu kemas dengan genre Melodik Power Metal dan juga penampilan vokalis high-pitch mereka yg pasti sukar ditandingi sesiapa. Symphonia, sebuah kumpulan neo-classical yg telah dihidupkan semula oleh peneraju utama Symphonia Meloni(ex- Melon King) iaitu Aman yang turut merakamkan hasil solo beliau yang lebih menampilkan gaya 'guitar hero' akan terus memastikan shredding yg tiada hentinya dan pasti vokalis terbaru mereka bakal menjadi tumpuan. Penampilan sulung Max-Ayi dengan demo nya yg memberikan hasil sound yg terbaik - memaparkan kepantasan dan permainan instrumental yg bertenaga seperti kebanyakkan guitar hero yg lain, beliau kekal dengan pengaruh neo-classical. Kedatangan gergasi Thrash Jerman, Kreator. Begitu memberikan pengalaman yg paling sukar untuk dilupakan. Berhadapan dan menyaksikan secara langsung kumpulan Kreator adalah saat yg diimpikan buat peminat Metal tempatan tanahair. Dan lagi sekali tahun 2005 mencatatkan tahun yang penuh kenangan dengan terhasilnya Kompilasi Metal to Metals - satu projek yg telah dihasilkan oleh komuniti forum Metal Terus. Kesukaran untuk merealisasikan projek ini akan terus dijadikan saat-saat manis... Tapi belum sempat semua kegembiraan ini berterusan ... kita dikejutkan lagi dengan 'second wave' isu Black Metal. Tidak seperti dahulu, Mat Metal hari ini telah mula bersuara, telah mula menyuarakan pendapat, menyangkal setiap dakwaan, telah bertemu dengan semua wartawan, muncul dikaca TV dalam rancangan 'Tanya Linda', 'Malaysia Hari Ini' dan 'Wanita Hari Ini'. Ia adalah sorotan satu peristiwa , tapi kekal dalam ingatan kita semua, gig akan sukar diadakan. Parameter kebangkitan Metal yg kita rasakan pada awal hingga ke hampir penamat 2005 juga menurun dengan mendadaknya. 2006 disambut dengan penuh sederhana . Selamat Tahun Baru dari kami - MetalTerus.com.my Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |