Gigs Dates
Artikel
Artikel - 'The Rise Of' - Max Ayi
Tuesday, 28 March 2006
Tak dapat disangkal mengenai kehebatan gitaris tempatan, walaupun begitu low profile dengan skill mereka . Tapi Max Ayi muncul dalam kesamaran , beliau hadir bukan sebagai seorang gitaris yang akan memaparkan skill teknikal semata-mata ataupun terlalu dibayangi oleh mana-mana gitaris handalan. Pada pertemuan, dimana selepas sahaja mendengar album sulung beliau iaitu 'Wira Sakti'. Beliau memaparkan diri yang sederhana, skill bukanlah perkara utama. Tanpa menyangkal bahawa kemahiran gitar sememangnya perlu, tapi beliau lebih suka dilihat sebagai seorang penggubah lagu. Yang bebas melakukan segala experiment didalam muzik beliau.

Ini ditambahkan lagi dengan keyakinan, selepas diberi peluang untuk mendengar album kedua beliau yang telahpun siap dirakamkan. Ianya begitu berbeza sekali dengan 'Wira Sakti'. Menurut Ayi , beliau tidak suka terikat dengan mana-mana genre. Malah album kedua ‘The Rise Of Orion’ adalah sesuatu yg ‘diverse’. Bila membandingkan pendapat peminat yg amat meminati gaya beliau didalam ‘Wira Sakti’ berbanding album kedua ini . Beliau hanya mampu tersenyum , kerana album kedua sangat ketara perbezaannya. Pengolahan lebih menonjolkan gitar riffing.

Seperti kata beliau “Bab influence ni kalau boleh aku nak ambik semua, macam sesetengah orang kalau dah Malmsteen terus jee ngan Malmsteen . Aku tak boleh, aku kalau boleh nak tau semua muzik dan ‘style’, takdelah idea tu macam tersekat je.”

Kelebihan beliau terletak pada studio sendiri, malah dengan pengalaman dan kemahiran teknikal yg ada, album ‘Wira Sakti’ dilihat sangat menjadi. Dan ditanya mengenai rakaman album dan lagu-lagu didalam album beliau.

"Album wira sakti tu aku buat dalam 3 jam jee - dalam pukul 8 start, pukul 12 dah siap rakam . Lagu yang paling lama nak buat lagu ‘Nebulon’ pasal nak kena practise tremolo dulu. Lepas tu lagu ‘One And Only’ kira yang paling susah laa nak main balik, tak macam lagu lain yg ada part yg ulang tapi ‘One And Only’ ni kira sekali lalu je lepas tu masuk part lain, kira sehari lebih gak tu nak buat dan ubah balik . Tapi lagu yang paling best laa - lagu ‘Remember Alif’ , dia punya jenis susah nak dapat feel kalau nak main balik."

Bila mengenangkan drum machine yg beliau gunakan tidak seperti drum machine yg lain. Ayi terus menjawab. Malah beliau sempat memberitahu mengenai album kedua beliau.

"Tu drum loop , so drum machine tu bukan program kira orang betul main tapi kita rekod , timing mmg kena tepat, so copy paste jee tapi tak banyak versatile sebab drum tu limited . Kira ok jugak pasal 'wira sakti' tu mmg straight forward. Tapi second album ni complete drum machine , tapi second album ni aku dah tak macam 1st punya album. Kira yg 2nd ni aku banyak tekankan pada guitar riffing dan solo tu kira main melodi, tapi background riffing aku banyak tekankan pada Metal. Sound gitar kali ni mmg berat sikit berbanding dulu."

Dalam album ‘Wira Sakti’ beliau telah menggunakan gitar YJM. Dan beliau ada mengatakan mmg kena ada semangat nak gunakan gitar YJM ni, maksudnya kena sentiasa berlatih. Tapi untuk album kedua ni beliau telah menggunakan Ibanez.

"2nd album pakai Ibanez - kalau pegi mana-mana studio mmg ada gitar yg warna merah tu pasal dia murah - tapi dia punya hasil tu lagi mantap dari fender punya sound , aku pakai sound yg sama gak tapi tak tau laa elektronik kot, tapi Ibanez ni walaupun murah tapi pick-up dia humbucker, macam Fender tu single. Efek Fat Strat ni dia punya efek ni bukan efek kat apa-apa, Fat Strat punya sound dia macam ada satu supply pick-up simulator, maknanya kalau pick-up single dia boleh buat macam pick-up humbucker, so itulah kegunaannya. Jadi Ibanez ni dah humbucker ditambah lagi humbucker, kau rasa macam kat bawah tu ada 4-5 pick-up. Sound pun bertambah berat lagi. Tapi orang tak suka sound fat strat tu pasal aku tgk tak ramai orang pakai . Pasal sound Fat Strat ni kira keras gak. Sebenarnya Fat Strat ni kegunaan dia untuk back-up kat Fender je , pasal Fender ni dia tak berapa ‘gegar’."

Ayi Sempat juga menerangkan sebab-sebab beliau menggunakan fender. Dalam perkembangan terbaru beliau hanya menunggu masa sahaja untuk mengeluarkan album instrumental ke 2 yg diberi tajuk ‘The Rise Of Orion’.
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review