
|
Gigs Dates |
Artikel Drummer Negation Tarik Diri ...
Saturday, 29 April 2006
Kumpulan Grindcore dari Kuala Lumpur yg telah lama bertapak, malah amat konsisten dengan apa yg mereka mainkan selama ini. Akhirnya seperti berada diambang perpecahan apabila penarikan diri oleh drummer mereka yg dilihat seperti agak sukar dicari ganti, jika diukur dengan ketangkasan dan kelajuan yg beliau miliki. Namun menurut kenyataan yg dikeluarkan oleh ahli Negation yang lain - Kumpulan Negation akan tetap diteruskan ! - dan ini adalah satu berita baik ! .
Sebelum ini Negation yg telah lama menyepi dengan sebarang hasil. Telah menunjukkan 'belang'nya pada tahun 2005, di dalam Eastern Grind Unleashed ( 4 way split , bersama kumpulan Malaysia dan Singapura) terbitan Straineyes Pro.. Bukan sahaja dari para pengkritik malah ramai peminat mengatakan lagu-lagu Negation lebih mantap dalam split tersebut. Malah standard sounds yg dicapai mereka mmg diluar jangkaan. Terbaru adalah sebuah lagu yg turut juga dimuatkan didalam kompilasi Metal To Metals, juga merupakan terbitan pada tahun 2005. Ia seperti satu perkara yg tidak disangka apabila persembahan (bersama) live mereka yg terakhir adalah ketika sesi jamming di Sirr Studio pada 8 April yg lalu. Kenyataan Bersama Oleh Ahli Negation Yang Lain Assalamualaikum wbh, Setelah 14 tahun tertubuhnya Negation semasa di ITM Shah Alam dan hingga kini masih mengekalkan line-up yang asal, maka dengan ini pihak Negation ingin mengumumkan bahawasanya En. Shamsul Amri Ekmal Hijaz aka Bai aka Magna Carta (drummer) telah keluar dari Negation pada 28 April 2006 pukul 7.30 petang. Berita ini telah diberitahu kepada ahli-ahli Negation yang lain iaitu En. Ismadi Ishak aka Madie (guitar) dan En. Mazlil Rizal Abd Majid aka Madec (vocal) oleh En. Asri Abu Bakar aka Yore (bass) melalui panggilan taliponnya setelah perbualan talipon antara En. Yore dan En. Bai selesai. En. Madec telah membuat satu panggilan talipon kepada En. Bai untuk mendapatkan kepastian tentang berita ini dan berita ini adalah disahkan benar sama sekali oleh En.Bai seperti yang diberitahu oleh En. Yore sebelum itu. Pihak Negation dan En. Bai berpisah adalah kerana haluan dan hala tuju kedua belah pihak berbeda dan yang amat penting sekali En. Bai mengatakan bahawasanya beliau mendapat kerjaya yang lebih baik di suatu syarikat terkenal di Shah Alam di mana ia memerlukan komitmen yang tinggi terhadap kerjaya baru beliau tersebut. Beliau khuatir kerana disebabkan keperluan kerjaya barunya itu yang amat sibuk dan komitmen yang tinggi maka beliau tidak mahu perjalanan Negation akan/boleh tergugat di kemudian hari nanti. Perpisahan ini adalah dengan 'mutual consent' dari kedua belah pihak. Pihak Negation amat menghormati keputusan tersebut dan mengucapkan kepada En. Bai semoga maju jaya di dalam kerjaya baru beliau itu serta murah rezeki hendaknya di dalam kehidupan beliau di masa akan datang. Pihak Negation amat menghargai sumbangan besar beliau selama ini terhadap Negation dan pihak Negation juga akan terus mengenang segala pengalaman-pengalaman manis selama beliau di dalam Negation sebelum ini hingga ke akhir hayat nanti. Hingga ke akhir hayat juga pihak Negation akan tetap menyokong segala usaha-usaha dan hasil-hasil kerja beliau seterusnya dalam segala bidang yang beliau akan ceburi kelak. Semoga beliau akan terus mencapai segala impiannya selama ini dan moga-moga beliau dapat menemui jodohnya kelak dan berbahagia hingga ke anak cucu. Pihak Negation juga amat berharap agar segala usaha-usaha beliau selepas ini senantiasa mendapat kerjasama dan sokongan tidak berbelah bagi dari semua pihak tidak kira dari yang tua, muda, segala jenis kelompok pengemar music, kumpulan-kumpulan dan sebagainya. Terima kasih En. Bai aka Magna Carta. Segala budi anda akan tetap kami kenang dengan perasaan yang harmoni. Wassalam. NEGATION - Madie (guitar) - Yore (bass) - Madec (vocal) Attitude and honesty are everything. That is what really matters. "......and we shall never surrender!!!" - Winston Churchill p/s: Negation berfikiran positif dan akan meneruskan perjalanan. Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |