Gigs Dates
Artikel
Short Review - World Press Freedom Day
Tuesday, 06 June 2006
Malam minggu merupakan malam yg amat panjang dalam hidup dikota metropolitan ini . Tapi dapat bangun dan menghadiri persembahan pada petang minggu utk melihat rakan-rakan Metal adalah usaha yg memberangsangkan, dengan kepala yg masih pening dan lewat sampai . Saya sendiri begitu bernasib baik kerana dapat melihat dari mula kedua-dua band Metal yg beraksi pada hari ke-2 untuk persembahan 'World Press Freedom Day' yg diadakan secara terbuka di laman Central Market.

2 Foot Candle merupakan sebuah band yg 'promising' daripada PJ, bermula dahulu sebelum Negation. Pertemuan pertama saya bersama mereka adalah ketika gig di Paul Place pada tahun lepas. Persembahan yg bertenaga dengan aksi lincah dari gitaris/vokalis dalam mempersembahkan riffing dan solo , benar-benar memikat ditambah dengan lagu baru yg dipersembahkan mereka pada masa itu(di Paul Place) yg lebih bervariasi , dengan riffing dan solo yg lebih matang berbanding demo mereka. Saya begitu ternanti hasil terbaru mereka, adakah ianya akan menjadi seperti band di US yg seperti baru sahaja kemaruk dengan band Sweden atau sebaliknya.

Pada petang itu, 2 Foot Candle beraksi tanpa pemain keyboard. Ianya memerlukan ketelitian pendengar walaupun berada sedikit jauh dari pentas untuk menangkap setiap riffing yg dimainkan. Tapi ini bukanlah kelemahan mereka jika dilihat dengan sound system ditambah lagi dengan suasana terbuka di Central Market, bergantung kepada penonton untuk benar-benar memahaminya (saya sendiri pasti 90% penonton tidak dapat memahaminya). Boleh dikatakan set yg panjang dari mereka ATAUPUN saya sendiri tidak sabar menantikan aksi dari Negation.

Merupakan kemunculan pertama kumpulan 'Grind To The Core', bukan sahaja dikhalayak ramai tapi bersama drummer baru mereka (Hazree). Negation beraksi dengan penuh keyakinan walaupun dihadapan penonton yg pelbagai lapisan minat muzik dan latar belakang. Vokalis Madec sendiri amat dikenali dengan aksi dan mimikkan beliau. Ia merupakan satu trademark daripada beliau jika diikuti dalam persembahan-persembahan mereka yg terdahulu daripada gig di Dewan Chin Woo , Paul Place hingga ke jamming session di Sirr Studio(ketika bersama drummer lama). Malah sempat juga mereka memainkan 2 buah lagu baru, yg memberikan satu perubahan berbanding susunan-susunan yg pernah mereka buat sebelumnya. Negation mengakhiri persembahan dengan set yg paling hangat pada petang itu.




Two Foot Candle






Two Foot Candle






Two Foot Candle






Two Foot Candle






Two Foot Candle






Two Foot Candle







Negation






Negation






Negation






Negation






Negation






Negation


Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review