Gigs Dates
Artikel
Langsuyr - Live At Planet Hollywood
Monday, 12 June 2006
Bersebelahan kompleks ekslusif, Lot 10. Disatu lorong pejalan kaki yg ber‘atmosphere’ dan dipenuhi dengan deretan kedai yg penuh ‘class’ , dan kawasan yg tentunya menjadi tumpuan dan ‘lambang’ popular golongan eksekutif. Terletaknya Planet Hollywood, tempat khas utk semua artis mainstream dari dalam dan luar negara untuk membuat persembahan. Malah artis-artis tempatan akan berasa penuh bangga bila dapat membuat persembahan disitu.

Tapi itu semua bakal berubah apabila kumpulan Metal tempatan mencipta lagi sejarah walaupun disebalik cemuhan Media dan tanggapan yg salah diberikan selama ini - bilamana tumpuan peminat Metal kali ini akan terarah ke arena yg penuh ‘gaya’, Planet Hollywood ! walaupun pada malam harinya ia adalah tempat yg dipenuhi ‘wannabe’. Tapi Petang 10 Jun akan berlakunya satu acara yg paling penting , bila 3 band extreme Metal negara bakal menggegarkan pentas Planet Hollywood, yg telahpun dipenuhi oleh semua peminat Metal yg berbaju hitam semenjak awal lagi , tak dapat dibayangkan mereka yg lalu lalang melihat keadaan yg penuh asing dihadapan Planet Hollywood . Persembahan yg sepatutnya bermula pada 3 ptg … akhirnya bermula dalam pukul 4 .

Kumpulan Brutal Death Metal , Necrotic Chaos, mengambil tempat untuk memulakan persembahan. Ia adalah persembahan yg klasik dari Necrotic Chaos , dengan kembalinya line-up asal ke kem mereka, merupakan satu bonus utk semua yg hadir dan tak lupa juga peminat-peminat mereka. Jadam nampak berlainan dengan rambut pendeknya. Permainan yg tight dan padat , malah vocal adik sangat melekat dengan Necrotic Chaos. Malah saya sendiri tergamam dan merasakan kerinduan bila mendengar vocal adik dalam EP kumpulan Morggorm. Saya bukan tidak menggemari vocal Lan dalam Necrotic Chaos tapi seperti yg dikatakan dalam ulasan saya di zine Ranjau Metal . Lan telah memberikan satu gaya baru untuk Necrotic Chaos , tapi adik sangat sinonim dengan Necrotic Chaos. Dengan set yg pendek , hanya 5 lagu . Necrotic Chaos memberikan persembahan yg mantap dan tak lupa drummer mereka wira yg penuh bertenaga dan tanpa kesilapan walaupun dengan permainan yg pantas.

Tapi petang itu, ia seperti Sil Khannaz yg menguasai. Lagipun jika setiap gig yg saya hadir membariskan Sil Khannaz pastinya mereka sentiasa akan mencuri tumpuan . Laungan peminat bila sahaja ternampak sahaja Jaei , begitu bergema. Pengalaman yg lebih 20 tahun dan telah menggegarkan dengan setiap albumnya . Album ‘Gerbang Kayangan’ yg mendapat kritikan hebat masa mula-mula dikeluarkan, kini telah mendapat pengiktirafan yg sepatutnya pada hari ini dari semua peminat Metal. Dimana-mana sahaja bila lagu dari album tersebut dimainkan … apa yg dapat dilihat dihadapan pentas ialah dipenuhi dengan ‘headbanging’ yg penuh rakus dan teruja malah disahut dengan ‘sing-along’ . ditambah juga dengan lagu seperti ‘Kiss Of The Whisper’ dan lagu klasik ‘Sinner Burning’ , anda sepatutnya dapat membayangkan reaksi peminat Metal . Pentas Planet Hollywood bagai dihiasi dengan rambut . Sedih sekali dengan set yg amat pendek.

Kumpulan terakhir dan juga ‘headliner’ , Langsuyr ! . Berada dihadapan 308 orang , memulakan persembahan pertama semenjak album terbaru mereka ‘Asyik’ dikeluarkan , Lagipun persembahan pada petang itu diadakan khas untuk ‘menyambut’ album terbaru ‘Asyik’ . Bermula dengan intro yg ‘dark’ dan seterusnya lagu pertama adalah Seven Headed Dragon Of Pelangi, merupakan permulaan yg panas dan ‘memorable’ apabila lagu lama mereka dimainkan, walaupun pada mulanya masalah bunyi gitar yg tenggelam tapi ia dapat diselesaikan dengan pantas. Malah Azlan hebat dengan penguasaan pentas , ia adalah satu trademark dan perkara yg tak boleh diketepikan dari beliau. Kelihatan ramai yg masih terasa sedikit janggal dengan lagu-lagu baru mereka tapi sayangnya saya mengharapkan Lan mengulangi gaya sinikal dari beliau dalam menyampaikan rangkap pantun dalam lagu ‘Asyik’ seperti ketika beliau menyampaikan dalam Jamming session di Ampang Point dahulu.. Langsuyr mengakhiri 2 lagu lama selepas menyampaikan kesemua lagu didalam album terbaru mereka – pengakhiran yg menggembirakan buat semua peminat bila sahaja lagu ‘In The Name… dan My Oath For Thee dimainkan .

Jika diberikan masa yg secukupnya untuk setiap kumpulan , kita tentunya akan terkeliru siapa yg ‘headliner’ pada petang tersebut. Ia seperti pertembungan besar antara Death Metal tempatan. Persembahan yg memuaskan hati, dan ia dilakukan di Planet Hollywood !!! ia satu langkah besar untuk scene Metal beraksi ditempat ekslusif – seperti yg dikatakan Azlan secara berseloroh “Kita jadikan Planet Hollywood , Planet ‘D e t a h’ Meta l” juga daripada Jaei dengan nada yg lebih serius “Kita perlu support band local tak kira sapa yg main”



Necrotic Chaos






Necrotic Chaos






Necrotic Chaos






Necrotic Chaos






Necrotic Chaos






Necrotic Chaos






Sil Khannaz






Sil Khannaz






Sil Khannaz






Sil Khannaz






Sil Khannaz






Sil Khannaz






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr






Langsuyr


Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review