Gigs Dates
Artikel
Temuramah Secara Audio : Bersama Dislocated Cerebrum
Tuesday, 20 June 2006


Click Image To Open Player



Mungkin nama mereka bukanlah mudah untuk diingati pada mulanya , tapi saya masih ingat ketika gig di Paul Place tahun lalu . Bersama duo vokalis yg tangkas di pentas dan persembahan yg theaterikal , aksi mereka sangat berkesan . Ia bukanlah sebab persembahan mereka yg penuh drama yg mampu mengambil tumpuan saya, tapi tentunya daripada bahagian muzikal yg akan mengusik mana-mana pengunjung pada waktu tersebut . Menjelaskan bagaimana muzik melodik disusun dan bersatu dengan penyampaian duo vokal yg sangat agresif. Dengan nama yg agak pelik dan sukar utk diingati bila diumumkan oleh pengacara hari tersebut lebih meninggalkan satu tanda tanya mengenai kumpulan tersebut ... Sehingga pada jamming session yg diadakan di Sirr Studio baru-baru ini , barulah ingatan segar kembali. Dislocated Cerebrum !
Mereka baru sahaja mengeluarkan EP yg bertajuk 'The State Of Pathological Depressed' ... MetalTerus tidak berlengah untuk menemuramah mereka.

Tentang Dislocated Cerebrum
Ditubuhkan pada tahun 2003 . Mengalami pelbagai perubahan line-up yg kerap , sehingga menyebabkan kepelbagaian pengaruh genre walaupun pada mulanya mereka lebih kepada muzik old school. Pernah mengeluarkan promo pada tahun 2004 .

Line-Up:-
LAN "DARK DECEPTION" - HACK SHOCK AVULSION
HAZREE - ROTTEN LIMB HAMULUS
MIE "DISSECTOR" - THUMPING CORD FLESH
AIZAD - SQUASHED EARTH CRUS
IFY "DIVULSION" - DYSPHONIA OF DISORDER

Tentang Genre
Muzik kitorang bukan grind sahaja. Tapi Thrash , Brutal Death , Rock , Hardcore - macam-macam dan ianya di campur . Kami tak nak jadi statik. Dan bagi kami bila Gore sahaja tak bermakna harus main Grind !!! , bagi kami ia adalah tema lirik sahaja . Genre pulak , Kami lagi senang letak Metal sahaja dan jika didengar muzik pulak lebih melodik , jadilah Melodik Gore Metal ! .

Tentang Sounds
Mana-mana band pun tetap ada perasaan tak puashati dan kami pun ada jugak perasaan macam tu, tapi bagi kami bila merakamkan EP terbaru ni dengan segala peralatan, masa dan juga kewangan - kami tetap puas hati !

Tentang Kesukaran Sebagai Sebuah Band Di Malaysia
Sepanjang 16 tahun aku pegi gig, mmg tak pernah jumpa lagi benda-benda yg dicakap media . Bagi aku semua tu propaganda sahaja. Media kat Malaysia ni lebih suka cari benda-benda yg boleh dijual. Dan bagi aku halangan yg paling besar kat Malaysia ni media laa ... bukan saja tak supporting malah low-educated .
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review