
|
Gigs Dates |
Artikel Temuramah : Farasu
Sunday, 16 July 2006
Piala Dunia masih belum tamat. Malam tersebut adalah satu penentuan terakhir , daripada peminat sukan bolasepak seluruh dunia dan juga khasnya buat Farasu dan MetalTerus yg akan melakukan temuramah dalam keadaan yg tertekan sambil dikelilingi oleh peminat France dan Itali, nasib baik Kotam selaku vokalis Farasu merupakan penyokong setia France dan ini jelas memberikan sedikit kelegaan. Farasu pada malam tersebut juga bakal menyambung rakaman terakhir untuk MCD terbaru mereka yg bertajuk 'The Blackmoon Eclipse'.
Sehingga kini berita terbaru daripada Farasu ialah mereka telah menyempurnakan rakaman berserta mixing dan kini hanya menanti utk inlay printing, yg telah pun dihantar kekilang cetak. Dengan dihadiri oleh semua line-up mereka, berserta dengan segala berita yg telah didengar kita selama ini dan masalah-masalah yg dihadapi mereka, dan menariknya dalam temuramah ini ialah entiti Nilai Loudblast yg akan menjadi dan bergerak sebagai sebuah label. Farasu sebagaimana Nilai Loudblast menjadi sebuah band yang bertahan dengan segala onak dan duri semenjak penubuhan mereka pada tahun 2002, kini terus bergelumang dengan sifat ketabahan untuk menjadi salah sebuah band yg lebih menonjol di scene Malaysia ... ![]() Temuramah dimulakan bersama saudara Mus unuk mejawab semua persoalan - Selepas sekian lama dan pelbagai perubahan line-up . Farasu akhirnya bakal mengeluarkan MCD - Mungkin boleh ceritakan sikit mengenai MCD terbaru ini . MCD ni idea daripada semua, lepas kami semua perform di Singapore . Kira performence kat Singapore tu antara yg paling memberi impak daripada yg kami pernah perfom kat Malaysia. Lepas sahaja persembahan di Singapore tu , kami pun berbincang dan sepakat utk buat satu material yg lebih baik dari sebelumnya. Agak lama juga laa, kira dalam sebulan selepas balik dari Singapore, kami pun masuk studio kira dalam bulan Jun. Sebelum ni kami rekod 3 lagu iaitu : Gerhana Rembulan Hitam, Patrasari dan Midnight Evil Spirit . Untuk rekoding kali kedua, kami masukkan lagu : Invasion , Gempita Mastika dan satu lagu outro . Outro ni lebih seperti klasikal ala-ala 'Another You' Cromok . Terlupa lak, lagi satu lagu special - intro , daripada Azamaniac (Langsuyr). Ok tadi ada mengatakan impak daripada Singapore , Adakah ia impak daripada peminat ataupun line-up ? , Mus kelihatan sangat bersemangat untuk menceritakannya Sebenarnya impak dari segi persembahan dan dengan reaksi crowd , kami pun tak pernah tengok crowd yg begitu ramai. Tak silap masa gig tu (Hellfire Gig) ada 300 org ikut daripada organiser. Mmg padat dan masa kami perform pun penuh, masing-masing masa tu teruja jugaklaa *gelak* . Lepas masa tu semua tak cukup tidur *gelak* ... Kira masa tu gig yg terbaik utk Farasu ? Antara yg paling terbaik buat masa ni, dan memang puas hati . Dalam masa 4 tahun ini Farasu pernah mengeluarkan demo dan juga promo , berbanding dengan MCD ini - apakah arah dan penekanan muzik Farasu semakin berubah berbanding dahulu . Perubahan dari segi line-up tu dah pasti lah, dah 4 tahun . MCD kali ni, ia ada perubahan dari segi idea, mungkin dari segi sound dan kami pun buat kali ni lebih pro berbanding sebelumnya. Yg dikatakan kelainan dari segi idea ialah sebab masing-masing telah 'combined'kan semua idea sendiri, sebab lagu aku yg buat . Aku pun dah masukkan elemen Arabik, Melodik lepas tu campurlaa dengan elemen Death,Thrash . Dan Faizal pun ada buat lagu , dan Faizal pun lain sikit elemen dari aku sebab Faizal masukkan elemen macam Rock n Roll, Blues dan Old school Heavy Metal. Dari segi sound lakk .......... sound ni aku tak berani nak cakap macamana sebab ada setengah line-up kata ada bunyi macam Megadeth dan ada juga kata bunyi AC/DC, ada juga kata macam Experimental haaaaa ... dan kat Sinagpore ada juga yang kata lagu 'Gerhana Rembulan Hitam' sama sound dengan Athothorgh , riff pun sama , "sama dengan EP dalam lagu terbaru Athothorgh tapi dorang tak rilis lagi" sambil dicelah oleh Farid Mus Terus Menyambung - Tapi senang cerita laa , lagu tu 100% takde persamaan dengan Athothorgh , mungkin kebetulan riffing , sebab riffing tu ala-ala Thrash Metal , tapi takde apa-apa peniruan laa , sebab aku pun influence dari lagu Destruction . ![]() Apakah pengaruh Farasu datang dari genre yg khas ... maksudnya seperti lebih kepada Death Metal atau mana-mana ... "Takde yg khas laa" - Tegas Kotam Mus sebagai komposer utama terus menjelaskan - "Aku rasa takde yg khas laa, mmg betul kalau tgk dalam Myspace Farasu, aku ada katakan Farasu main 'Eastern Melodik Death Thrash' tapi sebenarnya kami boleh katakan yg basic Farasu ialah Metal, kepelbagaian elemen Metal - macam yg aku cakaplaa ada elemen Melodik, Arabik, Thrash,Death ... ada juga sikit-sikit experiment dan rock pun ada ." Tadi ada mengatakan penglibatan Azamaniac , dan apakah penglibatan beliau , sesuai dengan konsep Farasu ? Oooo Ok aku pun terlupa nak katakan satu elemen, Eastern. Sebab Azamaniac ni main dengan Langsuyr dan kita pun tau Langsuyr main style muzik Eastern Death Metal, so aku rasa mmg ada kesesuaian utk beliau komposed , dan Azamaniac pun fahamlah dengan kehendak - Eastern, Melodik, Melayu - dan utk yg dihasilkan tu mmg puas hati. Bagaimana sound dengan MCD ni adakah Farasu berani cakap ia lebih bagus dari sebelum ni? Itu sudah pastilah, 100% lebih bagus dari demo dan promo cd. Terus-terang cakaplah, mmg Farasu buat rekoding secara live , tapi live yg berkualiti ! Maksudnya dalam bahasa melayu -rakam terus- sebab aku yakin dengan brader yg punya studio tu, dia ada kemahiran dari segi tu. Wings pun pernah buat rakam terus, 3 lagu -Monalisa, Teori Domino ..dan aku pun lupa lagi satu tu . Setau aku MCD ni dirakamkan selama 2 bulan di studio . Adakah 2 bulan itu penuh tekanan buat Farasu ... *gelak* tekanan mmg dari segi masa sebab, boleh dikatakan semua bekerja , kami nak fleksiblekan masa bekerja ngan rekoding, so mmg ada perbincangan yg lama . Tekanan dari segi masa dan juga kos . Kos tu dari segi perbelanjaan nak jamming,praktis dan juga merangka inlay dan semualah untuk perkara-perkara yg berkaitan dengan MCD ini. Apakah perkara yg paling penting ketika dalam rakaman ? Pada aku apa yg paling ditekankan ialah persefahaman, Persefahaman penting ! Bila ada persefahaman dari segi persembahan dan dari segi permainan, aku yakin apa yg kita hasilkan tu terbaiklah , walaupun kadanng-kadang tu ada masa tersilap tapi dengan ada persefahaman, kita boleh cover balik mana-mana yg salah. Macamana dari segi muzik itu sendiri ? Dari segi muzik , kena well-practised . Masing-masing kena faham part masing-masing ... bass, drum ,gitar so kena sharp laa apa yg di praktis. Maknanya kena bersedia sebelum masuk studio ... Well-prepared .... maksudnya bukan well-prepared yg tekanan , tapi well-prepared dengan semangat utk rekoding MCD ini bukan sahaja dilihat sebagai keluaran terbaru daripada Farasu , tapi MCD ni boleh juga dilihat lahir dari perasaan yg penuh personal yg pernah dilalui oleh Farasu. Mungkin ada perkara personal yg boleh dikongsi bersama . OOoo *gelak* ..personal tu mmg ada , personal yg kontroversilah. Sebab personal tu, aku luahkan dari segi lagu 'Gempita Mastika' , sebab aku tujukan lagu ni mmg utk Mastika - Ok aku ambik peluang ni utk jelaskan , Mereka ni ambik peluang untuk keuntungan ... Propaganda utk mengaut untung ! Propaganda utk merosakkan minda masyarakat ! . Kita ni main muzik, lepas tu tuduh kita sebagai pemuja setan , walhal kita bermain muzik . Mana ada orang main muzik nak bakar Quran , kat Malaysia ni mmg takde !!! Dan macam lagu 'Midnight Evil Spirit' tu aku buatkan utk sampaikan peringatan utk semua orang, kita cerita pasal hantu. Kira 'Midnight Evil Spirit' ni cerita pasal hantu perempuan, selalu kita jumpa mana-mana ada pompuan yg mati bunuh diri sebab kena rogol dan macam-macam . Masalah 'benda' tu nakkan bantuan dari manusia , mungkin mak bapak 'dia' tak tolong sebab bunuh diri atau apa . Jadi kita ni sebagai orang hidup ada peringatan utk mendoakan 'dia' , bagi 'dia' aman balik dan masuk balik kealam Barzakh. Maksudnya seperti tu. Ada sebuah lagu daripada promo 2005 lalu dimasukkan dalam MCD ni iaitu 'Midnight Evil Spirit' . Mungkin ada cerita sebaliknya yg membuatkan lagu ni dimasukkan kembali ... Pertama, sebab lagu tu ada arrangement, dari segi bunyi dan sound. Sebelum ni dalam promo cd ('Midnight Evil Spirit') tu aku sorang je , aku main bass, main gitar, main 2nd gitar ... so idea tu tak solid , sebab tak dapat idea dari line-up yg lain . Jadi kali ni, 'Midnight Evil Spirit 2006' ada pembaharuan dari segi idea. Faizal pun ada masukkan skill gitar yg nampak hidup dan bermelodik, Walaupun three-piece ia nampak hidup ! . Dari segi melodi dan alun nyanyi pun dah berubah, sebelum ni masa promo tu, aku agak menekan sikit Kotam , ikut ni!- ikut ni!- ikut ni! , dia pun nyanyi dengan tekanan . Kali ni dia ada kebebasan, tapi aku guide camana corak dia nak nyanyi tanpa menjejaskan rentak lagu. Kira dia menyanyi dengan lebih gembira ?? *gelak* , Kotam juga kelihatan tergelak dengan persoalan ni *gelak* Dia menyanyi dengan feel dia , dan org kata kira berhantu sikit laa lagu tu *gelak* Dengan pelbagai masalah line-up , Farasu kini seolah dapat memfokuskan semula arah dengan terhasilnya MCD ini ... dan adakah boleh dikatakan masalah kini tiada lagi ... Alhamdulillah , Syukur Alhamdulillah . Sejak lepas raid gig 2005 lepas tu , nampak Farasu lebih stabil, ada persefahaman, segala masalah tu kita kongsi bersama, apa-apahal yg tak puas hati kita bincang mana , yg kurang kita fikir laa utk dilebihkan. Sebelum ni sebab masalah utama pasal jarak , duduk pun jauh . Jumpa bila ada jamming. So dari segi masalah kewangan ada jugak masa tu, masing-masing tak stabil jadi timbul rasa tak puas hati, org ni lebih , org tu kurang . Ini biasalah ada masalah macam tu , kita pun manusia ada pusingan dia tapi kita boleh kow-tim lahh , ada persefahaman kat situ So Farasu ni tak semua duduk kat Seremban . Semua Negeri Sembilan, asal Negeri Sembilan kecuali Taba , dia berasal dari Kedah tapi dia dah org Negeri Sembilan laa, dah 7 tahun duduk kat Negeri Smebilan . Kotam duduk Putrajaya , Faizal duduk Subang tapi kami akan jumpa masa jamming di Serdang , kira jarak fair laa, kat tengah-tengah , jarak semua org boleh datang . Dan bila masing-masing cuti, kami akan berjumpa di Seremban. adakah korang merasakan line-up kali ini adalah yg paling kukuh utk Farasu? Insyaallah , aku yakin 99% ia kukuhlah. Bagaimana pula dengan masa mula-mula Farasu ditubuhkan , apakah perkara yg paling sukar pada masa tu.? Hah ! Paling susah masalah duit , duit dan masa . Pertama sebab jarak, masa mula-mula tu pun aku study, Kotam study. Macam line-up lama Nahaq, dia kerja ... Bull pulak kerja jauh, dia kerja kat JB, so dia akan datang sebulan 2 kali takpun sebulan sekali, jadi masa utk berbincang tu kurang, dan menjadikan kami kurang rapat. Bila nak composed lagu tu terletak kat aku 100% masa tu. Dan penentuan dan keputusan band pun pada aku, nak mencari performent gig ke, nak interview ke terletak pada aku laa pasa masa tu , agak susah dan tekanan . Dan ada timbul jugak dari segi tak puas hati . Berdasarkan scene Metal tempatan , biasanya komitmen adalah masalah utama , bagaimana korang dapat menyelesaikan perkara ini dan bergabung sebagai sebuah band dan berjaya melahirkan sebuah MCD . Benda ni sebab Singapore laa ... Hellfire lagi *gelak* Masih sebab Singapore *gelak* Faktor dia sebab singapore *gelak*, sebelum ni Kotam ada keluar sekejap dari Farasu, sebab dia ada masalah sikit pasal kerja. Disebabkan secara tiba-tiba bila diajak pergi Singapore , mmg kali pertama kami dapat main kat luar , dekat -oversea- *gelak* . Kira masing-masing ... Kotam Menyampuk - Terus kerasukan *gelak* haa tu laa - trauma, teruja kira semua ada ... atas nasihat Farid laa, Farid ada kata , Kotam adalah aset terbaik Farasu dan aku tak nafikan . Aku contact dia balik ... *Kotam sempat bergurau semasa disebelah farid* ... dan dia pun setuju , lepas tu kami pun macam ada satu 'Power' , Combined kan Farasu balik dan lepas ni buat kerja semua sama-sama. Itulah sebab projek MCD tu terus berjalan. Nilai Loudblast begitu menyokong dan membantu Farasu sejak sekian lama ? Ok ... Nilai Loudblast ni aku tubuhkan hujung 2002 . Gig pertama 6 Mac 2003 , Headliner dia Sil Khannaz masa tu, Masa tu aku buat sendiri-sendiri dengan kawan-kawan. Utk kali gig kedua , 3 bulan lepas tu aku jumpa Farid , dan Farid pun beri komitmen yg 'special', dia pun boleh contribute kaw-kaw dan dia pun mmg minat dan kebetulan tu dia pulak org jati Negeri Sembilan, so aku rasa macam ada ... macam org kata ... hah Chemistry ! susah pulak ayat tu *gelak* , bak kata org Nogori Sembilan - melokek laa haa , pusing-pusing melokek, pusing-pusing melokek *gelak* ... So sampai sekarang laa Nilai Loudblast hidup , sebab kitorang laa ia masih ada . Nak kata nak berjasa tu takdelah berjasa sangat, tapi tak kerana Nilai Loudblast aku rasa , Negeri Sembilan sampai sekarang orang takkan kenal ada gig . Serius cakap , kitorang bukan nak bangga , gig 100% kat Negeri Sembilan, undergrounds Metal , kitorang buat yg terbesar la . Boleh dikatakan banyak band , kira seluruh Tanah Melayu ni semua dah panggil kecuali Kelantan, Perlis jugak , Sabah dan Sarawak jugak kitorang belum panggil . Singapore kitorang pernah panggil, kira menyeluruh laa , pengaruh Nilai loudblast tu kira menyeluruh satu Malaysia . Tapi pada penghujung 2005 tu ... bukan kira penamat , tapi macam dipotong peluang tu utk buat gig. Kitorang kini concentrate utk buat label pulak laa ... Insyaallah . Ok kira kau jugak la ... macam apa ... Pencetus ... tapi tanpa faktor Farid , tak boleh jalan jauh jugak . Baru aku nampak kaitan Nilai Loudblast dan Farasu ... Mintak Maaf cakaplah mungkin orang kata ada sikit hipokrit, tapi disini mmg tak dinafikan ada kepentingan disitu. Sebab kitorang buat gig , Farasu ada main . Aku rasa itulah peluang utk promosi Farasu. Dari situ org akan kenal-kenal sebab main kat gig sendiri. Dan bagi aku semua organiser akan macam tu. So macamana pulak dengan MCD ni Dia bukan penyokong sahaja, siap terbit jugak ... kira jadi penjaga hak milik . Kira maksudnya terjagalah dari segi perjalanan MCD ni, dari segi promosi, jualan dan dari segi kerja utk dapatkan persembahan... so kiranya lebih tersusunlah. Ya itulah maksud aku, penglibatan Nilai Loudblast ni lebih kepada segala - galanya , ia seperti satu pengurusan yg amat jarang diberi perhatian oleh band tempatan dan perkara ini sebenarnya adalah sangat penting utk memastikan band mendapat pendedahan dan juga agar perjalanan band itu sentiasa berada dilandasan yg betul - benda ni sudah biasa di Indonesia . Soalan terakhir daripada MetalTerus - Berapa lama korang rasa dapat memainkan muzik Extreme ni ... *gelak* kalau ikut aku, mmg sampai bila-bila laa *gelak* , kalau aku umur 60 tahun mampu main twin paddle macam umur 20 tahun, aku akan main. Pasal benda ni pasal minat . Kalau ianya tak menjejaskan akidah aku dan iman aku , aku akan terus main . Aku tak kira kalau dah tua nanti ada orang kata ... 'ehh kau dah tua' , aku peduli apa dah minat, aku tetap main dan dengar *gelak* . Tapi kalau kat org lain tu tak tau laa , pada aku , aku akan tetap teruskan . Ok Terima kasih kepada Farasu kerana sudi ditemuramah oleh MetalTerus Ya. Terima Kasih dan kata berbunga-bunga serta penghargaan kepada MetalTerus yg still hidup untuk menyokong scene Metal Malaysia dan juga Nilai Loudblast serta Farasu , Info tentang gig kitorang semua keluar dan komen-komen . Terima Kasih banyak-banyaklah. Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |