Gigs Dates
Artikel
Gig Report : Ipoh Blast Phorbic Assault #1
Tuesday, 12 September 2006
IPOH BLAST PHORBIC ASSAULT #1
Location : Flamingo Clubs Ipoh
Credit To 'Trve Forest' for Review and Xxxul for picture
More Picture Visit MetalTerus Forum -Gig Section-


Seperti biasa gigs bermula agak lewat dari apa yang tertera di flyers yang sepatutnya bermula jam 2 petang. Dah menjadi lumrah gigs di Malaysia. Aku difahamkan terdapat beberapa masalah teknikal sebelum gigs itu bermula. Namun ianya berjaya diatasi oleh penganjur dan crew yang bertungkus lumus mahu menjayakan gigs ini. Kehadiran penonton agak mengecewakan. Mungkin disebabkan masih ramai yang phobia nak menonton gigs ataupun factor cuaca [hujan] yg mungkin memberatkan hati mereka untuk ke gigs ini. Apa-apa hal pun gigs ini berjalan lancar dan meriah sekali tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Gigs bermula dengan penampilan opening band iaitu Akhnakh. Band Death Metal dari Ipoh ini tampil dgn semangat membara walaupun terdapat beberapa masalah teknikal sepanjang mereka beraksi. Aku tidak menyaksikan keseluruhan persembahan mereka. Tapi apa yang pasti mereka sememangnya promising!!.
Next Vericose Vein dari Kuala Lumpur. Satu persembahan yang tight dan simple. Sekali lagi masalah sound system agak mengecewakan.
Pyro pula mengambil alih dengan penangan grindcore mereka. Ada yang terpinga-pinga dan juga ada yang layan. Seterusnya band organizer Hardjaddah mengambil alih. Aku sendiri kurang pasti konsep sebenar mereka tapi dari amatan aku mereka lebih kepada melo-death metal outfit, Persembahkan lagu-lagu baru mereka.
Band seterusnya Cultristic dari Ipoh. Ini merupakan penampilan sulong mereka. Crowd dah mula membara dgn aksi-aksi line-up Cultristic tambah pulak bila mereka meng’cover Vital Remains [kalau x salah aku!] mmg best!!
..Next band…Neftaraka haha... Satu-satunya band Black Metal yang ada pada petang itu. Memang Ipoh dahagakan Black Metal!! Crowd totally havoc dgn lagu2 baru dan lama jugak beberapa cover dan diakhiri dgn track tribute to I.M.M ‘My Oath For Thee’ BMH style haha..crowd possessed habis!!. Suszberia mengambil alih tempat untuk rancakkan lagi suasana , Superb performance.
Enthrone Falls masuk dan teruskan lagi kehangatan petang itu bila cover Rotting Christ ‘ Sign of Evil Existence’ ... mau tak gila crowd yang hadir. Mereka jugak mempersembahkan 1 lagu terbaru mereka yg akan release tak lama lagi. Tgh layan-layan Enthrone Fall, nampak kelibat-kelibat anggota Sick Society utk beraksi dimana mereka adalah last band utk gigs ini ... Mmg persembahan Sick Society best. Adib and co berjaya membingitkan keadaan. Tight and fully technical brutal death outfits. Syabas!. Hanya 9 band beraksi dan Zuriarts dari Taiping telah menarik diri disaat-saat akhir.

Gigs berakhir dalam pd jam 830 malam. Nampak jugak kepuasan pada raut muka crowd2 yang hadir. Mungkin dah lama tak melayan gigs di Bandaraya Ipoh ini. Dan syabas kepada pihak penganjur yg menjayakan gigs ini walaupun terdapat beberapa kekurangan yang agak kritikal tetapi mereka berjaya menghidupkan kembali scene Metal Ipoh!!.



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review