Gigs Dates
Artikel
Temuramah : Kelahiran Blackfire
Wednesday, 13 September 2006
Hasil yg berdekad lamanya , Melewati sempadan masa . Sebuah band yg sentiasa disebut-sebut sebagai penuh kvlt , kini berpijak diatas tanah dibumi bertuah utk memulakan langkah , langkah yg tak pernah berhenti , seperti yg telah dikatakan -Dimana ada kemahuan , Disitu ada jalan- . Ya ! Blackfire telah menyambung semula langkahnya , yg telah dimulakan lebih 20 tahun lalu , 20 tahun adalah satu jangkamasa yg lama , mungkin antara kita masih dalam buaian dan masih merangkak .

Tapi mereka telah mula bertapak, dan mengganas dengan lagu-lagu ekstrim yg tentunya tidak dapat diterima pada zamannya. Blakcfire telah pun memahatkan nama mereka sebagai sebuah kumpulan underground yg penuh lagenda , mereka bagaikan perintis dikalangan yg amat mengenali. Lirik-lirik yg penuh inspirasi ... Sayangnya Blackfire umpama hanya sekadar nama dgn tanpa rilisan rasmi utk mencatatkan nama mereka sebaris dengan nama-nama besar pada penghujung 70an dan awal 80an . Dan ini sudah pun mencukupi, sehinggakan kumpulan Sil Khannaz mengambil nama sempena lagu Blackfire . Ini telah membuktikan betapa berpengaruhnya Blackfire , mereka bukan sekadar mempunyai 2 atau 4 lagu , tetapi lebih 20 buah lagu yg telah dikarang ...

20 tahun yg tanpa diduga, selepas menghadapi pelbagai masalah utk mengeluarkan album mereka ... tapi ia seumpama nama mereka , yg di telah dibakar selama 1000 tahun dan dibakar lagi dengan 1000 tahun ... dan inilah hasilnya ... Blackfire !!! Daripada Blackfire ... terhasilnya sebuah album ... 'Lahir Dari Api' !!! yg juga mengambil masa utk dihasilkan !

Pihak MetalTerus tidak berfikir panjang bila peluang utk berjumpa Abg Azmi secara peribadi .


-Sebagai antara line-up asal Blackfire, macamana Abg Azmi boleh meminati muzik ekstrim ni, adakah kerana pengaruh kawan-kawan

Bukan pengaruh kawan-kawan tapi ia muncul dalam satu saat yg kita tak tau, sebab apa - muzik extrim dulu ni , tak ekstrim sebenarnya . Yang mengekstrimkan - kita tu , kita sendiri, muzik tu tak ekstrim . Mungkin asal pengaruh tu - yang paling kuat pengaruh Black Sabbath dan Motorhead. Black Sabbath dan Motorhead merupakan dua kumpulan yg dianggap piooner dalam Metal ni dan saya seronok mendengar lagu-lagu macam tu , lagu-lagu Black Sabbath , Ozzy ,Dio dan Motorhead semua ni ... yg Venom ngan Metallica ni datang kemudian . Tapi Black Sabbath dengan Motorhead, merupakan sangat mempengaruhi dan kita rasa lagu tu macam ada satu 'spark' kita punya jiwa , sama ada kita nak goyang kepala ke, nak henjut kaki, nak pejam mata ... dia ada spark macam tu . Ia juga menyebabkan kita macam 'isshh kalau pejam mata pun best, celik mata pun best, hentak kaki pun best, kalau tepuk tangan pun best ' ... hah semua ... dia aura macam Mawi [gelakkk] dia world [gelakkk] . Tapi kita tak nafikanlah pengaruh macam Rainbow, Deep Purple dan Pink Floyd semua tu sebenarnya mempengaruhi saya jugak. Pink Floyd tu ia lebih kepada konsep dan penciptaan lagu atau penghayatan lagu , Deep Purple tu lebih kepada melodik. Macam Motorhead, saya bukan pernah nyanyi satu lagu Motorhead, kadang-kadang saya pun tak faham apa dia cakapkan. Black Sabbath tu mmg saya ikuti ... Tapi saya tak minat Ozzy [gelak]

[Teruskan]
Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review