Gigs Dates
Artikel
Gig Review : Konsert Guitariststories
Monday, 11 December 2006
Pada mulanya saya rasakan ia hanyalah sebuah gig yg biasa , membariskan Rhaizobium , Orion , Suffercation , The Times dan juga The Pilgrims . Konsert GuitaristStoriest yg diadakan di Backroom , merupakan sebuah tempat yg begitu besar dan juga sound system yg terbaik (bayangkan bertingkat-tingkat Hartke) malah lighting yg dipasang juga membuatkan akan membuatkan mana-mana mata terbeliak , ia merupakan konsert yg sempurna diadakan dengan begitu profesional , bayangkanlah kamera juga tidak boleh dibawa masuk , jika terlepas pemeriksaan pun anda akan ditegur jika cuba mengambil gambar , ia begitu mudah dikesan oleh pihak security dengan kehadiran penonton yg hanya berpuluh-puluh orang ditempat yg begitu besar tersebut .

Itulah yg terjadi kepada saya , mungkin niat utk 'support' dgn membeli tiket akan menghadapi masalah utk membawa masuk kamera tanpa special kad yg dikeluarkan oleh pihak penganjur khas utk 'press' tapi terima kasih diucapkan kepada organiser Konsert tersebut yg telah menjelaskan kepada pihak security utk membenarkan saya membawa masuk kamera dan menangkap gambar , ia hanyalah sedikit gambar yg dapat ditangkap utk konsert ini , kerana saya sendiri telah ditegur berkali-kali oleh security kerana menangkap gambar , sukar utk menjelaskan tanpa 'pass press' . Apapun saya telah cuba sedaya upaya utk gambar konsert ini .

Band pembuka Rhaizobium yg sebelum ini ketika di Paul Place telah membuatkan saya sendiri kagum dengan mereka dengan vokal 'shrieking' oleh vokalis mereka yg mempunyai wajah seiras amy search malah muzik yg simple banyak dipengaruhi Rock dimainkan dengan lebih distortion dan drum yg grinding . Persembahan yg amat bersemangat pada hari itu dengan lagu cover dan juga lagu mereka sendiri yg bakal dikeluarkan dalam bentuk EP tidak lama lagi , lagu baru mereka amat dipengaruhi oleh lagu timur yg kemelayuan .

Kumpulan yg saya sendiri tidak pernah terlepas utk menyaksikan dan datang ke persembahan secara langsung dari mereka , Orion - merupakan 'in-the-making' gergasi Power Metal tempatan . Tampil dengan penuh semangat , tracklist mereka sama dengan apa yg dimainkan ketika di Paul Place baru-baru ini , cuma utk konsert ini hanya 5 buah lagu sahaja dimainkan antaranya ialah cover daripada Kamelot dan juga tiga buah lagu baru yg bakal dimuatkan kedalam album terbaru nanti dan tidak lupa juga sebuah lagu yg senantiasa dimainkan ketika persembahan mereka iaitu daripada Rhapsody -Emerald Sword- . Sayangnya dengan sound system yg grand , bunyi guitar dan bass drum agak tenggelam . Saya sendiri mengatakan hal ini kepada Orion selepas persembahan mereka dan Badang sempat mengatakan permainnan mereka lagi baik ketika di Paul Place . Namun jika ingin diukur kualiti showmanship, saya akan mengatakan di konsert ini , Badang kelihatan lebih menyerlah , jika dahulu beliau hanya menyanyi disisi keyboard dengan memandang depan atau menunduk tapi siapa sangka beliau akan bertindak seperti Roy Khan , dengan gaya seolah solo vokal . Showmanship yg mantap sayangnya saya tidak dapat menangkap gambar yg banyak , bayangkanlah ditambah dengan kualiti lighting yg hebat ..

Rakan-rakan yg datang bersama saya sememangnya turut ingin melihat kumpulan Metal terakhir iaitu band ke-3 , Suffercation ... dengan tersebarnya pelbagai khabar angin dan juga segala berita yg mengatakan mereka bakal kembali dengan Death Metal , kini telah terjawab . Nama sebuah band yg cukup lagenda ini telah membuatkan kami hampa , tapi setidak-tidaknya kami dapat juga mengesahkan cakap-cakap dari mulut ke mulut selama ini hanyalah angan-angan kosong . Tapi dengan mengenepikan nostalgia yg ada , Suffercation kelihatan lebih senang dengan apa yg ada sekarang , tampil dengan 5 org dan memberikan persmbahan yg menarik , vokalis kelihatan cuba sedaya upaya utk menarik penonton ditambah lagi dengan keadaan beliau yg nampak mudah utk berinteraksi ... saya sendiri tidak tahu lagu yg dinyanyikan .

Pesembahan diakhiri dengan The Times dan juga The Pilgrims .



Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us


Free Image Hosting at www.ImageShack.us

Komen 0
name:
mail:
(optional)
smile:
smile wink wassat tongue laughing sad angry crying 
For Security - Say Metalterus :



| Forget Me
Berita Metal
Album Review