
|
Gigs Dates |
Artikel Temuramah : Tasyim
Friday, 16 February 2007
Ketika scene Eastern Metal mula menguasai dan memberikan impak yg besar diseluruh negara (termasuk Singapura) pada pertengahan 90an dahulu dan seterusnya mampu menghasilkan satu ranting genre muzik Metal yg penuh simbolik , dalam pada itu muncul sebuah kumpulan daripada Pahang yg berjaya memahatkan nama mereka dengan kemas dalam keadaan scene yg penuh 'ribut' . Membayangi mereka ialah 'pioneer' seperti Langsuyr dan As Sahar . Tapi malangnya disebalik ulasan yg penuh positif berikutan rehearsel pada tahun 1998 , mereka spt berada terumbang-ambing dengan segala masalah walaupun masih berdiri megah berikutan dengan terhasilnya split tape bersama kumpulan Visitant pada tahun 1999 .
![]() Kekecohan isu Black Metal pada tahun 2000/2001 spt mengendurkan satu semangat, tapi itu tidak cukup utk menguburkan mereka ... mereka menjalani hari-hari mendatang dgn penuh harapan , ianya hanya memerlukan masa yg sesuai utk muncul kembali ... Pada 2007 , dgn me'mastered'kan semula 5 buah lagu mereka sebelum ini dan ditambah lagu baru 'Rain Dwell In Pains' hasilnya adalah sebuah demo-cd yg pro-printed ... dan ini mula menandakan kembalinya Tasyim ke arena Metal tempatan yg semakin hari semakin ketandusan band utk membawa Eastern Metal kerevolusi yg sepatutnya ... adakah ini satu pengharapan , bagaimana Eastern Metal mampu utk terus hidup dan terus menguasai dengan penggarapan yg penuh variasi sepertimana yg dilakukan oleh scene Scandavania melalui kumpulan spt Turisas atau Vintersorg atau hasil yg kontra spt kumpulan Manegarm atau puluhan band Scandavania lagi yg terus berjaya dengan semangat tempatan mereka , melalui lirikal atau feel muzik itu sendiri ... Kita bersama Azli Tasyim utk temuramah ringkas bersama MetalTerus ... www.myspace.com/tasyim2007 Adakah kembalinya Tasyim kali ini adalah utk waktu jangkamasa yg panjang ... I'allah kami tak pasti dengan keadaan akan datang terutama scene kita ni. Risau akan havok balik mcm dulu. Jika scene kekal molek macam skrg sudah pastinye diskografi kami akan bertambah ... Ok mungkin kita perlu terangkan kat sini , ianya bukan dari aku tapi mungkin sentimen org lain agak berbeza , yg kadang-kadangnya memandang lirik Tasyim dari sudut negatif dan pastinya akan ada cakap yg kita ni (termasuk aku) adalah sebagai kononnya racist .. yg pada aku tak salah ( utk menulis lirik ini) , kalau bangsa lain boleh bercerita mengenai budaya mereka sendiri .. tapi menapa bila kita bercerita mengenai diri dan bangsa kita sendiri ianya dikaitkan pada racist .. bagaimana pendapat hang tentang ni ... Aku pernah berfikir tentang perkara ni dan ada jugak yg menyamakannya dgn White Power so aku Malay Power la tapi sebenarnye nawaitu aku cuma ingin menulis perkara-perkara yg berkait ttg diri aku bukan org lain. Aku byk menulis lirik utk bbrp bands di dalam dan luar negara tapi semuanye berkisar ttg mitos, fantasi dan kematian. Lirik mcmni tak susah nak di tulis kerana ianya bukan datang dari luhur hati tapi cuma di dalam kepala otak. Jika org kate ianya sebuah kereta walaupun ianya cuma seperti kereta walau mcmana kita cakap pun jika mereka berdegil sudah pasti ianya tetap sebuah kereta ... macamana nak adjust mentaliti or sentimen masyarakat? Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |