
|
Gigs Dates |
Artikel Gig Report : Sil Khannaz 20 Years Anniversary Live At Planet Hollywood
Saturday, 05 May 2007
20 Years Of Hate ? 20 Years Of Madness ? or 20 Years Of Sorrow ? ... Dan kini 20 tahun sudah kumpulan Death Metal tempatan, Sil Khannaz bersama didalam dunia muzik Underground Metal di Malaysia . Bersama turun naik setiap album mereka , bersama setiap kontroversi yg melanda mereka dan bersama-sama kita , mereka menghadapi setiap tuduhan 'liar' media dengan segala pembohongan yg dilemparkan. Yang pastinya mereka kekal dengan status lagenda dan akan terpahat didalam sejarah muzik Metal. Nama Sil Khannaz tidak akan dilupakan dengan mudah.
Planet Hollywood di Kuala Lumpur menjadi saksi utk sekali lagi dan telah dihuru-harakan serta hampir sahaja 'diterbalikkan' oleh lebih 500 lebih orang peminat Metal , untuk meraikan 20 tahun kegemilangan Sil Khannaz dalam menyusuri setiap perjuangan mereka. Walaupun apa yg anda kata mahupun pendapat yg dilemparkan utk setiap album mereka. Persembahan yg memakan masa lebih 2 setengah jam ini merupakan sesuatu yg sangat klasik , tidak mudah dilupakan dan penuh saat kenangan. Teringat persembahan mereka di Rock The world pada hujung tahun lepas , ia meremangkan dan penuh bangga melihat reaksi peminat dan juga melihat mereka beraksi di stage yg besar pada masa itu seperti berhadapan lautan manusia. Tapi bagi saya persembahan di Planet Hollywood ini lebih memberikan sentuhan yg lebih personal, khas utk peminat mereka yg telah lama mengikuti dan setia dengan album-album keluaran mereka dan yang penting , 20 buah lagu telah mainkan !!! Kalau anda ingin bertanyakan tentang 'sound' , inilah dia hasil yg memberangsangkan sekali , tiada kelemahan dan kekurangan , gig dengan sound yg mantap sekali. Persembahan telah dimulakan dalam pukul 3.20 petang, pada set pertama ini mereka telah memainkan kesemua lagu daripada album terbaru iaitu 'Berdiri Antara Panji-Panji', dan walaupun kritikan yg diberikan utk album ini , keadaaan didepan stage penuh sesak dengan 'headbanging'. Dark-E, Hashim, Joe Slaughter, Ajiz dan Jaei kelihatan penuh semangat. Persembahan mereka dimana-mana pun tidak pernah mengecewakan. Dark-E dan Joe Slaughter kadang-kadang saling bertukar solo. Saya sendiri yg agak neutral bila berkata mengenai album baru mereka tidak merasa apa-apa utk bersama bergasak didalam moshpit dan berhimpit dihadapan stage. Yang paling penting ialah bila lagu 'Mastica Ibni Israel' dimainkan, bukanlah sebuah lagu yg hebat dalam menandingi ke'klasik'an lagu lama mereka , tapi lagu tersebut penuh signifikan ... 'Mastica Ibni Israel' seperti menjadi satu kata-kata yg seringkali dilaungkan oleh peminat . Ia disambut dengan penuh sorak dengan laungan 'penipu' , 'kaki fitnah' dan segala #@##F**@Ci# ... HaHaHaHa. Set pertama ini sungguh hangat, respons sangat positif daripada peminat. Set kedua bermula selepas 15 minit persembahan pertama ditamatkan ... Pada waktu ini pihak Sil Khannaz telah menyerahkan hadiah kepada para pemenang yg memenangi peraduan yg disertakan di dalam album terbaru mereka dengan hadiah utama sebuah gitar. Lebih menarik lagi semasa acara potong kek sempena 20 tahun Sil Khannaz yg dihadiri oleh hampir kesemua bekas line-up Sil Khannaz terutama CD Khanzab , peminat telah beramai-ramai menyanyikan lagu 'Happy Birthday', huuuh kadang-kadang tu terasa tragis jugak bilamana peminat extemist Metal menyanyi dengan penuh semangat hahaha , tapi ia sesuatu yg sangat memorable utk semua yg ada didalam Planet Hollywood pada petang itu . Dan kini bermulalah set ke-2 yg akan memainkan lagu-lagu bermula daripada album 'Bara Pawaka' hingga keawalnya. Kalau sesiapa yg pernah melihat mereka beraksi bersama kumpulan Langsuyr pada tahun lalu ditempat yg sama , tentunya tak dapat lupakan reaksi hebat yg diterima mereka pada waktu itu, Planet Hollywood bagaikan dilemparkan segala jenis rambut, malah pada persembahan kali ini, ia lebih hebat lagi dan peminat bertambah ganas pada set ke-2 . Lagipun cuba anda bayangkan dengan lebih 500 lebih peminat yg hadir persembahan ini, 'Dance Floor' Planet Hollywood kelihatan spt kecik je dan menjadi saksi moshpit yg ganas sekali utk semua Mat Metal pada petang tersebut , ditambah dengan segala 'slam' dan headbanging yg tak pernah berhenti sejak mula lagi, dan tak lupa Dark-E , gitaris Sil Khannaz sempat 'slam' dengan terjunan gaya bebasnya, kali terakhir melihat beliau slam begitu adalah ketika persembahan sulung Langsuyr di Paul Place dulu hahaha sapa yg nasib malang kena pi sambut tu heh, tapi kepada yg berada dikawasan moshpit memang tak boleh menolak bahawa ini gig Metal yg 'happening' selepas segala pembohongan oleh media. Dengan memainkan lagu-lagu daripada album Gerbang Kayangan , Ep Pendita Gila dan album Conception OF Madness yg amat besar impaknya kepada peminat Metal yg hadir .. Kehadiran CD Khanzab tidak dinafikan penuh dengan kesannya bila beliau turut bermain gitar dan juga menyanyi khas utk persembahan ulang tahun ke-20 ini , dan gaya drumming daripada Lan Bye mmg tidak boleh diragui semua seperti mempunyai satu 'punch' yg tersendiri. Mungkin saya lupa utk mengatakan sepanjang masa persembahan tersebut peminat turut sama sing-a-long terutamanya pada set ke-2 ini dengan lagu-lagu seperti Gerbang Kayangan , Sinner Burning, Hamba Malam etc . Kalau anda pernah melihat persembahan live Iron Maiden dan bagaimana reaksi peminat utk setiap lagu dengan segala 'humming' , itulah yg berlaku pada petang tersebut. 20 tahun Sil Khannaz penuh dengan segala macam pengalaman dan 20 tahun Sil Khannaz memacakkan lagi satu memori, dengan lagu terakhir 'Kiss Of The Whisper' pada petang itu, nama mereka 'bergegar' di Planet Hollywood, ia adalah laungan yg sangat besar. 20 tahun yang takkan berhenti ... Metal Berterusannn buat Sil Khannaz !!! Komen 0
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |