
|
Gigs Dates |
Artikel Temuramah : SYJ08 Jelmaan Semula Daripada SYJ
Friday, 18 January 2008
Kini SYJ kembali, dengan muka-muka baru. Walaupun ianya dinamakan sebagai SYJ08 (satu nama yang agak ‘cheesy’ pada pendapat penulis), namun mereka tidak menafikan bahawa ini adalah sambungan dari legasi SYJ asal. Samada jejak langkah SYJ yang asal akan diteruskan atau tidak, hanya masa akan menentukan dan kita sebagai ‘pemerhati’ akan menjadi hakim dalam percaturan mereka. Saudara Yus (pemain drum) telah berkesempatan untuk menjawab beberapa soalan yang dilontarkan oleh penulis. http://www.myspace.com/syj08 Penulis – Bentara (krenmaut.blogspot.com) Ceritakan mengenai penubuhan SYJ08 yang asalnya SYJ? Kenapa sekarang dihidupkan kembali? Lebih kurang setahun setengah yg lalu arwah duat(drumer SYJ) menghidupkn kembali SYJ asal bersama man rani,zam dan amir. Mereka sudah pun berkumpul dan berlatih untuk re-comeback tetapi reunion itu berkubur dek kerana Tuhan syg kan eduat dan dia kembali ke rahmatullah.semenjak dari itu kesemua anggota asal SYJ sudah patah hati kerana ketiadaan duat.dan mereka mengambil keputusan untuk menutup buku saja. Walaubagaimanapun mandat dari arwah sebelum beliau pergi dia ada berpesan kepada vokalis SYJ KHUDRAT iaitu alang supaya SYJ mesti diteruskan dan jgn pupuskan nama SYJ sehingga bila-bila , maka dgn itu alang yg berkeyakinan dan bersemangat mahu meneruskan SYJ dgn membuat satu sesi uji bakat maka bertemulah noar,yuss dan harry. Itulah asalnya tertubuh kembali SYJ yg sudah menjadi SYJ08..kami disokong oleh amir dan man rani dan sekaligus menjadi anak didik mereka..hmm Tiada anggota asal dalam SYJ08, adakah ianya sebuah band 'baru'? Nama SYJ atau SYJ08? Hanya alang sahaja anggota SYJ yg pernah berkhidmat dgn SYJ dan mempunyai album.manakala noar,yuss dan harry pernah mengikuti setiap show SYJ dan sudah biasa dgn muzik SYJ. Mungkin SYJ kali ini bleh dilabelkan sebagai band baru kerana kami menggunakan nama SYJ08 dan blom mempunyai album. Untuk nama terkini adalah SYJ08..bukan lagi SYJ...kerana kami generasi baru.. Imej asal SYJ adalah glam rock tapi sekarang SYJ08 lebih ganas. Adakah ianya sesuatu yang dirancang? Ganas? heheheh memang kami nak jadi ganas tapi dgn muzik jer bila kat luar kami ni baik hati hehehe.. Mungkin imej ada sedikit perubahan dan sebenarnya kami masih lagi mencari imej dan identiti sendiri.buat masa ni apa yg anda nampak itulah identiti kami.simple n ganas.tapi kami akan up-grade kan lagi imej untuk kelihatan lagi ganas..mak aih..!! Hala tuju SYJ08 sekarang bagaimana? Untuk komersil atau mengekalkan attitude 'tak peduli' seperti yang asalnya? Hala tuju hmm....komersial mungkin juga digunakan untuk menarik peminat-peminat di radio tv dan media supaya otai-otai rock dan rockers2 baru mengenali dgn lebih dekat SYJ08. Tetapi kami akan mengekalkan konsep "tak peduli" seperti SYJ yg terdahulu.kerana itu satu kepuasan pada kami.. Bagaimana reaksi peminat SYJ yang asal terhadap line up baru ini? Apa kritikan yang diterima dan apa alasan anda? Tentang hala tuju memang kami ingin benar nak kuarkan album dan memperbanyakkan show.cuma kami blom ada label atau syarikat rakaman yg berani tampil mengambil SYJ08 untuk bernaung. Buat masa ini kami diterima oleh peminat kerana kebanyakan peminat tahu yg SYJ asal mungkin susah nak kembali lagi.so kami SYJ08 adalah pengubat rindu pada mereka2 yg dah lama tak dengar lagu-lagu SYJ secara live kerana kami banyak mainkan lagu-lagu SYJ@Sofea secara live dan mereka pueh hati(cakap perak la pulak).banyak feedback positif yg kami terima semenjak tertubuhnya SYJ08. Setakat ni tiada lagi komen-komen yg negative..yaikk... Apa perancangan jangka masa pendek? Bila nak rakam album? Perancangan jangka pendek kami nak cari show seberapa banyak yg boleh untuk expose dan sambil-sambil tu tengah kumpul material yg mungkin akan didemokan dulu tapi tak tau bila nak rakam. Album??hmm....blom jangka lagi..so..tungguuuuuuuuuu... Setakat ini peminat tidak dihidangkan dengan lagu-lagu baru SYJ08 jadi kami tertanya-tanya, muzik yang bagaimana? Setakat ini memang kami masih memainkan lagu-lagu cover SYJ terdahulu kerana matlamat pertama kami ialah lagu-lagu SYJ asal mestilah didendangkan kembali secara live supaya generasi baru (yg ada tak pernah mengenali SYJ dan lagu-lagunya) dapat mendengar semula rupa dan lagu asal SYJ yg asal. Lagu-lagu kami yg terbaru masih mengekalkan konsep HEAVY METAL dan mungkin ada antara lagu-lagu yg kami buat berbau Speed Metal (untuk cari kelainan) supaya muzik SYJ08 ada sedikit identiti dan dikenali..Nanti kalu kuar single dengar dan nilai sendiri lah yer?hehehehe.... Apa khabar Pak Syed? ahah!! Pak Syed yg memang otai ... beliau masih ok cuma kadang-kadang ulang alik hospital jumpa doktor sebab beliau pun dah makin berumur . Kadang-kadang tak berapa sihat.tapi beliau masih lagi otai rock .. Peminat DIO dengan Motley Crue tu.. hari-hari datang buka studio pasang lagu DIO heheheheh Adakah Pak Syed masih menjadi pengurus band atau bagaimana? Beliau masih lagi menguruskan band SYJ@SYJ08 , cuma tak lah sehebat dulu . Nama beliau mungkin ada yg dah tak ingat atau yg tak pernah kenal. Kalau dulu sebut Pak Syed org dah tahu dia pengurus SYJ tapi sekarang budak-budak muda ternganga jugak bila dengar nama Pak Syed dan tertanya-tanya siapa beliau. Dalam erti kata lain beliau pun dah kurang contact untuk show dan sebagainya dan kebanyakkan show SYJ08 dicari oleh kami sendiri berbanding beliau. Maklumlah beliau pun dah tak baper larat nak panjat sana-sini cari show...hmm.. Akhir kata kepada pembaca? Akhir kata hmm...dasyat juga la soalan Krenmaut ni erk? Soalan simple tapi padat dan berapi oo..hehehe..buat pembaca-pembaca Krenmaut terimalah kami SYJ08 seadanya kerana kami memikul tanggungjawab yg begitu berat untuk menghidupkan semula band SYJ supaya tidak pupus ditelan zaman. Nantikan show kami ditempat anda ... LONG LIVE HEAVY METAL ORG TIMUR !!! Komen 6
Oleh Zephyrouz - 12 May 2008 04:23 pm
Oleh Aliph - 08 Nov 2008 12:23 pm
Oleh deadly blessing - 15 Jun 2009 01:16 pm
Oleh arull03 - 13 Oct 2009 12:06 pm
Oleh heliosadios - 16 Jul 2010 05:25 pm
{
Oleh heliosadios - 16 Jul 2010 05:28 pm
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |