
|
Gigs Dates |
Artikel The Resurrection
Tuesday, 05 February 2008
Gig yg hebat !!! bukan kerana saya terlibat secara langsung tapi ini berdasarkan respon yg telah diterima . Sayangnya , saya tidak dapat memberikan perhatian 100% terhadap gig ini kerana banyak perkara terpaksa dilakukan , dan malangnya ulasan yg mendalam tidak dapat dilakukan .
Gig yg sepatutnya bermula awal tapi terpaksa ditunda kerana masalah barang dan peralatan yg agak lambat sampai utk dipasang didalam dewan . Tapi jika dilihat ia seperti memberikan satu ruang kerana walaupun jam menunjukkan pukul 2 petang , namun masih kelihatan sedikit sahaja crowd yg hadir , jika dikira waktu itu hanya dalam lingkungan 100 orang sahaja berbanding anggaran yg hadir iaitu 4++ . Jika ianya bermula awal mungkin ramai yg akan terlepas melihat Necrotic Chaos ... heh alasan ... Apapun kumpulan pembuka Necrotic Chaos yg menampilkan Bentara (gitarist kumpulan Langsuyr , yg baru 2 hari berada sampai di Malaysia waktu itu) , Adik , Dark-E dan juga Hazree (drummer yg dipinjam daripada Negation kerana drum asal Necrotic Chaos iaitu Wira , ada kerja dan tidak dapat bercuti) , telah memberikan satu persembahan mantap , mempersembahkan lagu baru dan lama .. juga lagu yg sangat penting dan takkan dilupakan ialah cover song 'Countess Bathory' . Modar muncul sebagai kumpulan ke-2 , persembahan mereka yg merata-rata dan disekitar Kuala Lumpur tetap tidak meletihkan mereka . Lan dgn loghat pekat Terengganu beliau berinteraksi baik dgn penonton dalam kamikaze Inggeris malah Kemunculan mereka seolah memberi ruang utk smeua crowd mengambil masa utk berehat dan tenang seketika . Apa yg menarik bila bercakap tentang muzik Modar ialah bila Lan(Vokal/Guitar) berkata bahwa album baru mereka lebih banyak pengaruh daripada muzik zaman sekarang apabila saya melontarkan soalan mengenai gitar riffing dan juga elemen Death Metal disebalik Doom yg dibawa . Malah album 'In My Meditation' merupakan perkara terakhir yg dilakukan mereka kerana album selepas ini akan dibawa ke arah total Doom spt sebelumnya sepertimana dalam album 'Inferior Symphony' . Mungkin jika dilihat persembahan mereka pada hari itu , mereka mendapat respon yg rendah , bagi saya ini bukanlah yg penting kerana Modar bukanlah sesuatu utk persembahan pentas yg memerlukan 'headbanging' , secara asasnya mereka berjaya menampilkan satu atmosphere yg mendatar dan 'gloomy'. Sil Khannaz tetap memberikan aura yg besar , kemunculan mereka bagaikan ditunggu-tunggu dgn lagu-lagu yg bakal mengganaskan penonton-penonton dibahagian hadapan selepas Modar menenangkan mereka . Tak banyak yg dapat saya katakan , kerana Sil Khannaz tentunya akan berjaya menggilakan penonton dengan segala aksi slam dan headbanging. Mereka seperti 'The living legend' . Utk kumpulan ke-4 saya tidaklah memberikan harapan besar , lagipun album terbaru mereka 'As We Breathe ...' seolah memberi harapan baru walaupun elemen moden dan Death Metal disatukan malah tempo juga sederhana . Suffercation cuba memberikan satu persembahan terbaik , mungkin lagu-lagu mereka agak baru ataupun gitar yg tidak terlalu berat . Masa banyak mengubah mereka ... kalaulah mereka memainkan lagu-lagu pada zaman album pertama dan kedua yg sememangnya legend , saya jamin , keadaan pastinya berada diluar kawalan . Kumpulan terakhir , Brain Dead muncul selepas lebih sedekad tanpa sebarang aksi pentas mahupun berita , walaupun sebelum ini pelbagai khabar angin mengenai mereka tapi kali ini , ianya adalah realiti . Sememangnya Brain Dead spt tak pernah berubah , malah peminat seperti tertunggu-tunggu kehadiran mereka . Ein bagaikan tak sabar utk beraksi malah dengan pantun Metal beliau yg mencuit hati . Memainkan lagu-lagu dari zaman album juga demo sememangnya akan membangkit nostalgia dan juga mengenangkan zaman kegemilangan Death Metal tempatan ... malah cover song daripada Seplutura , Exodus , Morbid Angel seperti 'orang mengantuk disorongkan bantal' ... krew stage kelihatan bekerja keras dgn peminat yg headbanging tak menentu . Slot paling panjang , peminat nampaknya tak ingin melepaskan mereka dgn mudah , lagu demi lagu .. Maaflah kalau saya tak berapa ingat tajuk lagu terakhir . Sesuai dgn tema gig ini 'The Resurrection' , yg berjaya mengumpulkan kumpulan-kumpulan dari zaman awal dan zaman kebangkitan scene Metal tempatan , bak kata orang ianya era 'Old school' ! Komen 3
Oleh petualang keji - 09 Feb 2008 04:31 am
|
Berita Metal ![]() Album Review
![]() |