|
Dengan pecahnya Herriot , antara ahli gabungan kumpulan tersebut telah kembali dalam membentuk sebuah kumpulan baru , The Hidden . Walaupun menggunakan nama yang berlainan nampaknya muzik mereka masih tidak dapat lari daripada pengaruh utama seperti sebelum ini , In Flames . The Hidden memuatkan 4 buah lagu , namun hanya lagu ‘Empathy’ yang menampakkan kelainan daripada segi gaya vokal yang agak kurang agresif dan susunan muzik yang lebih diiringi oleh riffing gitar dan lebih melodi , yangmana ianya lebih condong kepada (old)In Flames berbanding ketiga-tiga buah lagu lain yang menampilkan vokal yang lebih agresif dan permainan yang pantas dan sentuhan gitar mereka penuh dengan tenaga , macam biasa penerapan melodik tetap ada , menariknya tentang mereka adalah susunan lagu yang begitu baik dan padat.
Inilah kali pertama saya mendengar nama mereka , Sympozium . Membawakan muzik Melodik Black Metal , terma yang sentiasa kedengaran dan menjadi kebiasaan tapi sayangnya banyak yang terperangkap antara idola mereka , tidak !! saya masih belum lagi menyentuh tentang mereka , pada awalnya saya rasakan yang The Hidden pasti lebih menonjol dalam split Ep ini , prarasa saya salah , walaupun The Hidden memaparkan muzik yang baik tapi kualiti bunyinya seperti tenggelam , Sympozium lebih baik lagi dan didukung sekali bersama-sama muzik yang kemas , sederhana dan ‘atmosphere’ . Mereka berjaya membawa saya dalam lebih menghayati muzik mereka , pengolahan muzik yang agak berjaya dengan melodi mereka yang tidak terlalu menonjol tanpa hanya bergantung kepada keyboards atau daripada gitar kedua-duanya berjaya mewujudkan elemen melodi secara bersama kredit tambahan kepada permainan drum yang banyak menggunakan ‘double-paddle’ serta ketukan yang tepat . Vokal yang pelbagai seperti menggunakan dua vokal atau lebih menambahkan elemen mistik dalam muzik . Harapnya Sympozium bukanlah sekadar kumpulan projek.
-Pikrama
|