ABSU (USA) -Mythological Occult Metal Digipack (Osmose Productions/The End Records)
Ini bukanlah album baru daripada ABSU sebaliknya hanyalah sebuah album kompilasi yang memuatkan
lagu-lagu terbaik daripada mereka dari tahun 1991 hingga 2001. Kompilasi ini turut memuatkan 2
buah lagu yang tidak pernah dirakamkan di dalam mana-mana album ABSU sebelum ini. Album ini turut
didatangkan dengan 2 buah CD dan juga 20 pages booklet yang memuatkan gambar-gambar ABSU
sepanjang pembabitan mereka di dalam scene metal ini . Sebanyak 21 buah lagu dimuatkan dan
rasanya tidak perlu aku ulas lebih lanjut lagi mengenai muzik mereka kerana bagi aku jiwa metal
anda akan cacat jika tidak memiliki salah satu album ABSU!