|
Jauh daripada asalnya , itulah yang terus dilakukan oleh mereka , evolusi muzik terus memangkinkan perkembangan mereka yang berterusan , hakikatnya tiada apa yang kekal .
Amorphis adalah satu perkembangan , baik buruknya bukanlah saya yang tentukan namun kemampuan mereka dalam menarik peminat-peminat baru tidak dapat disangkal dan ia bukanlah semata-mata berpandukan album ini tapi album sebelumnya tapi tidaklah yang seawalnya , dengan permainan muzik yang banyak pengaruh daripada muzik rock 70an , ia dapat dikesan dalam cara penulisan lagu dengan memasukkan elemen 90an dengan keberatan pada bunyi gitar(ianya tidaklah kesemuanya lagu.) memberikan sedikit kekuatan pada album ini dari segi penghayatan. Fahamlah sikit takkanlah mereka boleh hidup dengan hanya membawakan muzik rock 70an ianya tak begitu releven pada waktu sekarang pastinya unsur muzik lain diperlukan sebagai sokongan lagipun kemampuan mereka dalam muzik Metal sebelum ini telah dibuktikan.
Riffing yang ditonjolkan begitu experimental tapi tidaklah bermakna muziknya agak sukar untuk diterima kerana pembawaan muzik yang agak sempurna daripada segi penerimaan , alunan daripada setiap alatan bagaikan bersatu dalam membentuk muzik yang agak ‘steady’ dan membentuk suasana yang amat dirasakan seperti ketika mendengar album mereka ianya tak pernah hilang seperti ketika anda mendengar album ‘Tuonela’ ataupun ‘Elegy’ anda dapat rasakannya didalam album ini , seperti telah menjadi satu ‘trademark’, sememangnya dengan penampilan ‘clean’ vokal sepenuhnya , usaha mereka dalam bergerak lebih jauh pastinya tidak sukar dan mereka telah pun melakukannya .
Sebenarnya sudah lama saya tidak mendengar apa-apa daripada mereka dan atas sebab itu saya banyak membuat perbandingan dengan album ‘Tuonela’ kerana ini album terakhir yang saya miliki daripada mereka dan agak sukar untuk melupakan mereka kerana mereka pernah saya minati dimana mereka adalah antara kumpulan yang agak kreatif apabila memasukkan unsur Rock dalam muzik Death Metal dalam album ‘Tales From The Thousand Lakes’ . Dan pendengaran untuk album terbaru ini lebih kepada sifat ingin tahu dalam perkembangan terbaru dalam muzik Amorphis , sebuah kumpulan yang akan terus terpahat dalam ingatan dan lipatan sejarah muzik Metal.
-Pikrama
|