|
Amat menarik jika dapat mendengar band baru dari underground terutamanya apabila kita tidak menjangkakan akan mendapat sesuatu dari mereka. Akan tetapi saya terawal membuat kesimpulan. Mereka bukan band baru tetapi ditubuhkan pada tahun 1990 dan telah pun menerbitkan 2 demo. "The General's Awakening" merupakan terbitan professional mereka yang pertama. Mini CD ini membawakan lagu˛ heavy metal dan saya tidak mempunyai banyak komen terhadap MCD ini. Terdapat riff gitar yang menarik dan begitu juga dengan solo yang mungkin bersesuaian dengan lagu mereka tapi rasanya jika mereka bermain dengan lebih pantas lagi, hasilnya tentu lebih baik. Semestinya ini bukan pengakhiran daripada mereka.
c/o Fabio Smareglia, Via Torino, 45, 12034 Paesana (CN), Italy.
3.5/5-Syukri Ishak
|