Arallu
(Israel)

-The Demon From The Ancient World
(Epidemic Recods)
Mereka mengelarkan muzik mereka sebagai Barbarian Black Metal atau dalam erti kata lain aku boleh samakan muzik mereka sebagai Eastern Metal.Bagi aku album ini lebih menonjolkan Arallu dengan konsep Barbarian Black Metal mereka berbanding dengan album mereka sebelum ini iaitu "The War On The Willing Wall".Album ini lebih kepada penerapan elemen traditional dan ianya lebih ketara terutamanya dari segi riffing guitar dan juga melodi mereka.Secara jujurnya aku amat meminati album ini.Elemen traditional yang Arallu bawakan adalah hasil gabungan genre-genre lain seperti elemen death dan thrash metal di era 80 an.Arghh..sebuah lagi album yang berada di dalam playlist aku untuk isu kali ini.

9/10 - Death Die