Barathrum
(Finland)

-Unno Uspera
(Spinefarm Records)

<
Album ini wajar diklasifikasikan sebagai black/thrash metal mengikut kesesuaian adunan tempo dan tatacara susunan lagunya.Rifing yang lebih berpengaruhkan kepada Nocturnal Breed terutamanya dalam album Aggressor tapi terpulang kepada anda untuk menyetujuinya atau pun tidak kerana itulah penilaian yang mampu aku kelaskan kepada mereka.Gaya penyampaian vokal mereka lebih kepada stail band black metal yang datangnya daripada Norway yang gemar mempertaruhkan pitching dan juga humming yang amat ketara dalam pembawakan vokal.Bagi aku stail sebegini hanya sesuai untuk genre war atau pun raw black metal yang lebih memerlukan kepadatan yang lebih maksima.Satu lagi kelemahan di dalam album ini ialah paduan drumnya yang tidak berapa padat jika hendak dibandingkan dengan band yang mempertaruhkan konsep yang sebegini.

6/10 - Shah DeathDie Zine