|
Hell Yeahhh baby !!! ... heh ... Glam Rocks is on the way ... Memang tak disangka promo begini akan sampai ke P.O Box MetalTerus, ia diluar jangkaan ! . Dengan mengambil suasana saat-saat glamor Hard Rock dipenghujung 80an , mereka meneruskannya dengan adaptasi yang lebih moden dan fesyen yg trendy . Mereka bukanlah remaja-remaja Amerika yg terus mengangkat gitar dan menubuhkan band setelah teruja dengan keglamoran The Darkness ataupun Velvet Revolver yang seringkali disiarkan di MTV, Tapi antaranya seperti vokalis mereka - sememangnya berasal dari band Glam Hard Rock di penghujung 80an (Bang Tango) dan turut membariskan Gitaris Mark Simpson ( Flotsam & Jetsam ) .
Deuces adalah album kedua daripada kumpulan yg berpangkalan di L.A , ianya empat tahun selepas album pertama mereka. Anda boleh membayangkan bagaimana lagu-lagu ballada mahupun Hard Rock / Metal dari Motley Crue ataupun daripada band yang tak perlu dikenalkan lagi iaitu Gun N Roses ataupun lagu-lagu daripada kumpulan Kiss . Dengan penampilan yang trendy seperti make-up ‘Eyeliner’ dan fesyen rambut yg moden ianya meresap dan kekal dengan rock n roll attitude. Menampilkan muzik yang mudah dan line kod gitar yang catchy malah solo yang tak dapat disangkal menarik. Dengan 17 buah lagu ianya membariskan banyak lagu-lagu yang memorable seperti ‘Freedom’, ‘Unforgiven’, ‘Save Me’ etc . Dan kelebihan mereka terletak pada sound yang lebih moden sepertimana Velvet Revolver .Tapi kalau ingin mengatakan kompisisi lagu mereka agak hebat setanding Motley Crue ataupun band-band hebat yang lain mungkin agak melampau tapi mereka cuba meletakkan antaranya, ia bukanlah satu kegagalan dan Beautiful Creatures melakukannya dengan baik walaupun ia seringkali dilihat satu trend .
3/5-Pikrama
|