Blind Guardian
- Somewhere Far Beyond
(1992/Virgin)

Secara keseluruhan ini merupakan rilisan Blind Guardian yang keempat, juga mempertembungkan hasil unsur riffing yang pantas dan distortion yang tajam!

Arggh..!! Pengaruh Helloween era 80an amat jelas sekali berkemundang, dan semasa album ini sedang hangat di pasaran, muzik mereka adalah metal yang lebih straight forward dari apa yang mereka sudah jadi sekarang. Vokalis Hansi Kursch memang tidak dinafikan mempunyai suara yang unik walaupun kenyaringan suara beliau kadangkala tidak disenangi oleh sesetengah pihak. Antara saat saat magis yang membuatkan pendengar terpegun ialah semasa aura mistikal dan melodik yang dikeluarkan oleh beliau biarpun sewaktu menyanyi dalam genre yang amat laju dan berat dude! Gila ding dong ah.. Contoh yang paling baik sekali boleh dijumpai pada minit ke 1:40 dalam lagu "Journey Through the Dark". Apapun, ini merupakan rilis yang solid, bertemakan lirik alam fantasi kesatriaan ala Tolkien. Lagu pembuka "Time What is Time" sungguh laju dan hebat, dan lagu yang berlatar belakangkan bunyi simfoni yang ringan namun berdimensikan riffing yang berat boleh didengari dalam "Theatre of Pain". "The Quest for Tanelorn" ialah lagu yang baik dan mencengkam jiwa penulis, lagu judul album pula amat solid strukturnya dan "Trial By Fire" memvariasikan keadaan dengan track yang mendadak perubahan stylenya. Oh, tidak lupa juga bagi "Ashes to Ashes" yang seharusnya mendapat kredit yang positif.

Jangan bilang diri anda sebagai seorang enthusiasts speed metal jika anda masih belum memiliki album ini dikalangan koleksi cd anda..!!

P/s Beli album ni.. Wajib dude! kalau takde duit? trade cdr!

5/5-Bijak_sinneR