|
Bagaimana rasanya kalau kita mengulang dan meneliti semula segala lirik mereka? Cannibal Corpse sebenarnya terus dengan sifat simplistiknya – walaupun lirik mereka begitu ‘gore’ namun dalam masa yg sama akan membuatkan kita tersengih juga. Tapi Cannibal Corpse bukanlah sahaja mengenai lirik mereka. Walau dalam segala hal – Cannibal Corpse akan terus berpegang dengan Death Metal ! dan ditangan Erik Rutan, album Kill menjadi agak raw dan buat rakan-rakan semua bersedialah – Inilah sebuah album Death Metal tulen ! Dan inilah legasi Cannibal Corpse.
Walaupun tanpa Jack Owen, Cannibal Coprse meneruskan kerjaya sebagai sebuah kumpulan Death Metal tanpa elemen ‘sissy’ dengan megah dan penuh bangga. Malah gitaris Barret dan Pat O'Brien berjaya melakukannya dengan kemas . Sebuah band yg akan membuatkan para peminat melodic tercengang katak . Sebuah temasya muzik yg akan terus mengekalkan dan merealisasikan kekuatan dan kepadatan muzik serta dengan gambaran yg penuh impian dalam mencorakkan bagaimana kelajuan akan menjadi satu tumpuan yg tak dapat dialih. Seolah adrelin berkeliaran diseluruh badan. Secara mudahnya ia adalah muzik yg brutal dan diterjemahkan dengan lebih literal . Malah ‘Kill’ sangat merangkumi apa yg telah dilakukan mereka semenjak awal lagi. Bagaimana mereka melakukannya?? Ia tak perlu diketahui – kerana ‘Kill’ adalah hasil dari Cannibal Corpse. Semudah itu ! walaupun ia bukanlah sebuah album yg lebih menonjol berbanding The Wretched Spawn . Tapi ‘Kill’ masih dengan persembahan yg paling sukar untuk ditolak.
Pasti banyak mata akan memandang saya dengan renungan yg tajam, kata-kata sinis ataupun kata-kata yg merepek macam orang mabuk todi – sayangnya semua tu tak berguna langsung, Cannibal Corpse akan terus dengan rumusannya sebagai sebuah band yg terus berada dikelas tersendiri dan kekal sebagai True Death Metallers , jika tak bersetuju! Anda semua boleh terus dengar In Flames ataupun Sinergy mahupun lambakan band ‘sissy’ diluar sana.
“The Time To Kill Is Now"
4/5-Pikrama
|