|
Damageplan ialah sebuah band baru yang menampilkan 2 bekas ahli Pantera iaitu Dimebag Darrel dan Vinnie Paul. Anda pasti akan terkejut apabila mendengar vokal Patrick Lachman yang ala distorted, serak serak dan kadang kadang menjerit, disamping clear dibeberapa tempat kerana pandai juga mamat ni menyanyi! (dahulunya beliau cuma menggalas gitar dalam band asal beliau; Halford.)
Tidak dinafikan ianya mengembalikan semula ingatan penulis kepada vokal Phil Anselmo di beberapa part. Namun bukan itu sahaja, sound distortion gitar pun dijumpai seakan akan terperangkap dengan bunyi klasik PanterA, walaupun intensitinya lebih jitu dan kompleks jika hendak dibandingkan dengan nu-metal yang semakin tidak mendapat tempat dewasa ini (memang bagus pun dude! Hahah..) Penulis berpendapat muzik mereka terletak diantara PanterA yang lebih keras dan mungkin sedikit unsur “komersial” Sevendust. Album ini mempunyai ketikanya yang mantap, dimana kebanyakan track berkesudahan dengan riffing ‘logam’ yang mencederakan dan berkarektoristik.. Arrgh..!! "Breathing New Life" ialah lagu yang menyerang tanpa belas kasihan, lagu yang perlahan tapi ada groove "Blunt Force Trauma" sungguh mengasyikkan, "Crawl" mempunyai ancaman tukulan logam yang membunuh dan "Cold Blooded" mempunyai percampuran riffing yang padu dan pasca-solo (pre-solo) yang berat! Hampir keseluruhan lagu terletak dari acuan yang sama baik dari segi riff, kelancaran, dan jenisan pick-up gitar.
Secara keseluruhan, penulis dapat merumuskan album ini tidaklah se’metal’ band klasik PanterA, atau tertusuk jauh ke akar umbi seperti album pertama mereka Down. Namun ianya agak senang diterima dan mendengar album ini sememangnya merupakan sebuah pengalaman yang mencabar.
P/s Beli album ni kalau dapat duit lebih hasil overtime claim!
3.6/5-Bijak_sinneR
|