Darkthrone

-The Cult Is Alive
(Peaceville Records 2006)

Aku dah penat sebenarnya dengan Darkthrone. Jika aku tak nak mencanangkan album ni berbeza dari usaha mereka yang lepas, aku takkan amik peduli untuk dengar album ni. Malangnya, aku terdengar gak, tapi aku masih penat seperti dahulu. "The Cult is Alive" ialah satu lagi contoh bagaimana sebuah unit Black Metal hebat yang berstatus klasik tidak dapat mencari jalan selepas 20 tahun berkecimpung dalam gelanggang ekstrim Black Metal. Sekarang band ini telah beralih ke sound rock n roll yang lebih berpaksikan kearah punk ala Discharge sebenarnya tanpa menghiraukan landasan muzik asal yg telah dipukul sepanjang 20 tahun lepas. Ia seolah sebarang perubahan dalam stail Darkthrone ialah satu temasya yg besar, sehingga membuatkan aspek lain dipandang enting.

"The Cult is Alive" mengandungi 10 buah lagu. Kesemuanya berbunyi seakan sama, tapi benda ni sebenarnya dah jadi macam normal untuk Darkthrone kebelakangan ni. Riff yg di pakai berulang kali, apa yang berubah sangat pun cuma rhythm dan sound umum – kedua-duanya digubah ke nuansa yang lebih rock & roll, punk atau sesuatu seakannya. Kalau lah lirik dia 3 kali bangang dari album yang sebelumnya pun takkan jadi hal jika kesemua lagu adalah baik. Malang sekali album ini terlalu mediocre. Aku boleh hafal satu atau dua riff dari keseluruhan album dan kesemuanya adalah riff yang tak hebat.

Aku tak adalah nak cakap album ni tak bagus tapi dalam masa yang sama aku tak adalah sampai mengagungkan album ni. Ia mungkin album yang menghiburkan sambil melayani “pengembaraan” bersama beer kegemaran korang.

Lagipun selepas 20 tahun, Darkthrone seolah cuba memberikan satu impressi yg baru, kesegaran yg diberi mahupun dari segi feel yg cuba diterapkan ... ironiknya ia masih sama. Buat peminat Darkhrone semua . mahupun yg pernah meminati dorang ni. Aku jamin , album ini sangat menarik. Tapi bagi aku ia seperti satu cerita yg diulang errr mungkin berbeza dari segi narratifnya – dan yg bertambah ironiknya ialah aku kagum gakk dengan Darkthrone ni. Dorang ni seperti terus berada dilandasan yg lurus, mereka macam tak peduli langsung, segala apa yg diminati oleh remaja-remaja hingusan sekarang – membuatkan band lain seperti gayyy, terkinja-kinja untuk mengejar segala trend dan berkira dengan jualan album. Darkthrone kekal dalam status kult , dorang adalah dorang sendiri . Macam apa yg cuba dikatakan Fenriz , korang nak suka ke tak album nii, pegi mamposlaa !!!

5/10-Metal Basher

Darkthrone

-The Cult Is Alive
(Peaceville Records 2006)

Masih ingatkah pada ketika Proto-Black Metal, ketika ramai (pada waktu ini) yg mengatakan Black Metal adalah mengenai raw, kegelapan ,kepantasan mahupun seringkali disinonimkan dengan gerakkan underground. Tapi ramai yang terlupa dan buat-buat lupa mengenai Venom – yg merupakan originators Black Metal, walaupun Venom bukanlah gambaran asli jika menggunakan terma generasi ke-2 Black Metal (yang dipengaruhi oleh Bathory) tapi ia adalah sejarah yang tak boleh disangkal. Sebagai ‘Creator’ Black Metal , Venom menampakkan pelbagai elemen dalam muzik mereka daripada Punk hingga ke Rock N Roll dan sehingga kehari ini Cronos tetap mengatakan Venom masih sebuah band Black Metal walaupun disebalik fenomena Norwegian Black Metal yang telah sebati dihati peminat-peminat remaja hari ini . Malah tanpa diduga ikon Black Metal Norway , Darkthrone ! menghasilkan album seperti ‘The Cult Is Alive’ yang merupakan album terbaru daripada mereka selepas ‘Sardonic Wrath’ 2004.

Anda boleh membuat pelbagai andaian selepas mendengar album ini malah Fenriz sendiri berkata ia bergantung kepada siapa yang mendengarnya. Setelah berjaya menghasilkan album hebat seperti ‘Soulside Journey’ dan ‘A Blaze In The Northern Sky’ . Mereka terus menghasilkan album demi album yang amat mengujakan mana-mana Black Metallers secara keseluruhannya atau tidak. Walaupun unsur-unsur tipikaliti dan monotous Darkthrone tak pernah hilang. Secara dasarnya Darkthorne berjaya membina sifat kult. Dan daripada sifat kult inilah mereka mula melakar dan membentuk muzik dalam album terbaru mereka. Mereka tidak mengambil kisah dengan setiap kata orang, Lagipun selama ini mereka bersendirian membina integrity untuk band mereka ataupun secara personally. Ia adalah sangat individual dan sesiapa pun tidak berhak untuk mengajar mereka cara membuat muzik. Daripada sifat ini lahirlah sebuah album ‘The Cult Is Alive’, Ya ! saya masih menganggapnya sebagai Black Metal !!!

Darkthrone mula mewarnai muzik mereka tapi tetap kekal dengan elemen ‘raw’ dan penuh ‘kekotorannya’. Dengan elemen Punk dan Rock N Roll mula menyerap masuk dalam kompisisi lagu mereka seperti mana band terawal Metal , tapi apa yang membuatkan album ini sangat menarik ialah ianya tidak merubah terus apa yang telah dilakukan oleh mereka sebelum ini. Buat mana-mana fanatik Darkthrone, mereka dengan mudahnya akan mengesan trademark Darkthrone. Fenriz telah menggunakan drum beliau dengan efektif dalam album ini walaupun gaya monotous beliau tetap tidak dapat diketepikan , juga vokal beliau yang telah diberikan dengan lebih gaya. Yang utama, gitaris Nocturno Culto berjaya melengkapkan penambahan elemen-elemen dalam album baru ini terutama riffing beliau benar-benar ‘menghidupkan’ terhadap pembaharuan yang dilakukan mereka. Dengan hampir 20 tahun telah berlalu mmg tak dijangka Darkthrone akan terus kekal seperti sebelumnya dan mmg tak dijangka mereka masih dapat melahirkan album hebat seperti ‘The Cult Is Alive’ . Rock Black Roll Darkthrone .



4/5-Pikrama