|
Ini merupakan album keempat mereka di bawah label yang sama.Secara jujurnya aku tidaklah berapa taksub dengan stail symphonic dark metal ini tambahan pula Poland masih belum berjaya melahirkan mana-mana band yang berkualiti dalam memainkan muzik yang sedemekian.Aku pernah mendengar album mereka yang kedua sebelum ini iaitu "In The Opium Of Black Veil" yang telah dihasilkan pada tahun 2002 Muzik mereka masih lagi berada di tahap yang sama dan terus terang aku katakan tiada sebarang pembaharuan yang dapat dilihat di dalam stail muzik
mereka.Daripada 12 buah lagu yang terdapat di dalam album ini hanya track yang ke -3 sahaja bagi aku yang lebih menampakkan stail symphonic dark metal mereka yang lainnya lebih layak diklasifikasikan sebagai melodic gothic metal.Album ini juga mengandungi 2 buah video klip yang dirakamkan secra profesional.Aku amat berharap agar album yang seterusnya yang bakal dihasilkan pada tahun ini juga (menurut kata gitarist mereka) akan lebih menampakkan kematangan dan menepati landasan sebenar muzik yang mereka pertaruhkan.
5/10 - Shah DeathDie Zine
|