Death
- The Sound of Perserverance CD
(Nuclear Blast)


Inilah penawaran studio dari Death yang terakhir setelah mendiang Chuck Schuldiner pergi meninggalkan kita buat selama lamanya. (mendiang sepatutnya dijadualkan membuat rakaman bersama Control Denied setelah selesainya rakaman ini dude!), album ini bagaimanapun diakui dunia sebagai antara kerja mereka yang paling terbaik! Anda akan menjumpai banyak perubahan dari segi teknikaliti, riffing dan sebagainya, dan ini sebenarnya menguatkan lagi perjalanan muzik Death apabila elemen hybrid speed/thrash diadunkan bersama.

Penulis memang malas nak ulas banyak banyak kerana rilis ini tidak boleh disangkal lagi tahap solidnya, (Arghh..!!) dan sekaligus turut menjadi ‘swan song’ kepada Schuldiner sebagai sebahagian dari band yang telah mencipta subgenre ‘death’ ke dalam kamus metal secara amnya. Lagu konstant "Scavenger of Human Sorrow" memang best, dengan lagu ibarat tembakan pantas yang membunuh "Bite the Pain" menyusuli seterusnya. "Spirit Crusher" mengandungi korus slow-down yang mengasyikkan manakala kedua dua "Story to Tell" dan "A Moment of Clarity" adalah lagu kegemaran all-time penulis secara peribadi. Akhir sekali, sebuah lagu saduran dari Judas Priest iaitu "Painkiller" dibawakan dengan penuh bergaya sebagai penutup The Sound of Perseverance.

Oh ya, penulis ada terdengar cerita dari seorang kawan (vokalis ARSONVEIL) bahawa sebuah gig yang berjudul ‘tribute to chuck shuldiner’ akan bakal dilangsungkan di ibu negara dalam masa yang terdekat ni. So, marilah sama sama kita nantikan perkembangannya ok.

P/s Beli album ni.. Wajib dude! kalau takde duit? trade cdr!

5/5-Bijak_sinneR

Death
- The Sound of Perserverance CD
(Nuclear Blast)


Whoaaa… Chuck kembali? Kali ini dengan dendam yang membara. Dengan tujahan yang paling deras. Muzik yang bisa membingitkan telinga. Melodi yang bisa merobek jiwa. Ya, Death telah kembali setelah bertahun menunggu dan dengan label baru, Nuclear Blast. Penantian sejak dari album Symbolic telahpun berakhir. Death masih lagi seperti dahulu. Setiap albumnya tidak pernah menghampakan samada kepada peminat setianya mahupun peminat baru. Muzik mereka sentiasa segar dan bertenaga. Death kembali dengan album paling teknikal dan progresif setakat ini. Album ini memaparkan beliau mengarahkan tumpuan beliau kepada mood yang mempunyai banyak variasi. Ini dilakukan bukan dengan keyboard tetapi olahan dari riff dan aliran chord yang pintar. Itu memang sudah menjadi trademark Death. Walaupun selari dengan genre Death Metal, Death mempunyai asas yang serupa tetapi pada masa yang sama mempunyai arah yang sukar untuk diagak oleh peminatnya. Untuk album ini juga kalau diperhatikan didapati lagu-lagunya lebih panjang, sesuai dengan elemen progresif yang diterapkan. Tetapi ini tidak bermakna di dalam satu lagu terdapat 20-30 chord yang berbeza tetapi sekadar cukup untuk meletakkan Death sebagai sebuah kuasa yang tiada tolok tandingnya dalam muzik sebegini. Korus yang senang ditangkap masih lagi dikekalkan. Dengan lain perkataan, ini bukanlah sekadar teknik dan kemahiran semata-mata. Mereka mahukan penyertaan pendengar untuk menghayatinya dalam keadaan ‘muzik untuk didengar’ dan bukannya ‘memeningkan kepala’. Dengarkanlah lenggok vokal Chuck yang lebih halus dan tajam jika dibandingkan sebelum ini yang lebih ke arah growl. Lenggok yang baru ini memberikan beliau lebih ruang untuk mengeksploitasi keupayaan vokal beliau. Buktinya, tarikan untuk lagu Painkiller (Judas Priest) menjadi. Itupun kalau tiada penipuan dilakukan. Saya rasa album ini banyak mengingatkan saya kepada Cynic ‘Focus’. Bezanya adalah Death tidak menggunakan synth, keyboards dan instrumen lain selain gitar, bass dan drum dalam lagu-lagu mereka. Cynic terkubur akibat dari muzik mereka yang terlalu kompleks dan mungkin terlalu ke hadapan pada zamannya tetapi Death, berpijak pada landasan nyata. Itulah kelebihan Death jika dibandingkan dengan band yang seangkatan dengannya. Death kembali!!!

-BG