
|
 |
 |
 Deicide -Scars of the Crucifix (Earache Records 2004)
|
|
Album yang sungguh mengecewakan. Sungguh mengecewakan! Apa kata ,kita mulakan dengan track yang pertama, lagu judul album, lagu yang hebat. Sebuah lagu yang bagus, laju, sungguh menghiburkan dan aku fikir agak catchy juga. Death metal rules fuckers! Aku berada disitu diketika itu, mendengar dengan penuh asyik dan berkata didalam hati “P****t! Gerenti aku takkan disappointed dengan album Deicide kali ini!”.
Dan kemudian "Mad At God" menerjah . lagu ini agak bosan. Malah bukan itu sahaja, setelah beberapa lagu bersilih ganti selepas itu, aku masih lagi seolah olah beranggapan yang aku sedang dengar pada lagu yang sama - "Mad At God." Kemudian barulah aku sedar album ni dah habis. Lapan track telah pun berlalu semenjak lagu "Scars of the Crucifix," dan aku tidak berjaya sama sekali untuk “masuk” dalam satu hapah lagu dalam album tu pun. Mereka semua kedengaran “sepesen” dan ini adalah satu usaha yang biasa, boring, JAUH dari standard paling koman muzik METAL secara am pun. Ini bukanlah seolah olah hasil Deicide yang sebenar, memandangkan lagu yang bagus hanya satu sahaja iaitu lagu judul album, lagu ni mmg jauh lebih hebat dari lagu klasik mereka "Carnage in the Temple of the Damned"!!
Musicwise, aku fikir ini bukanlah album yang teruk sangat pun, Cuma satu perkataan tu je lah.. bosan, bosan, bosan & bosan. Lagunya kesemua kedengaran seakan cebisan ulangan antara satu sama lain / repetitif. Aku tak tahu sama ada ini adalah teruk atau apa, tinggal lagi bagi aku.. untuk “masuk” dalam kesemua lagu dalam album ni adalah mustahil! Pertama sekali jumlah markah yang melompat dalam otak aku ialah 2/5 tapi setelah menulis ulasan ini, aku sedar 2/5 pun mereka tak berhak dapat memandangkan satu satunya “redemption” dalam album ini ialah lagu judul album. Lebih baik korang angkat album "Litany" = Vader, "Conquerors of Armageddon" = Krisiun, atau "Death Metal" = Dismember. Sekali gus mengingatkan yang aku masih belum beli lagi album "Death Metal" dari Dismember.
Minta maaf jika ulasan ini membosankan korang semua, (maaf dipinta pada saudara editor metalterus semua = mr. pikrama & bijak_sinner.. Kakakka) tetapi inilah impak bosan yang bakal korang terima jika mendengar album ini. Membosankan sehingga membuatkan korang tertidur. zzZ
1/5 - Metal Basher
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
Deicide - When Satan Lives CD (Roadrunner)
|
|
Teka dari mana saya dapatkan CD ini? Dari Korea Selatan! Tak sangka di Korea Selatan juga ada peminat Death Metal yang ramai. Anggapan ramai ini saya buat kerana album ini dikeluarkan secara lesen oleh JIGU Inc., sebuah label di sana. Cuma yang kurangnya, inlaynya ditulis di dalam bahasa Korea. Ada sesiapa yang boleh menterjemahkan untuk saya?
Deicide adalah nama besar dalam pasaran Death Metal. Kalau tak kenal maka anda bukanlah peminat Death Metal; semudah itu! Album live ini diterbitkan setelah mereka mengeluarkan empat buah album studio (tidak termasuk album demo dan kompilasi). Ianya bertepatan dengan masanya. Setelah dihiburkan dengan empat buah album yang menampilkan kepantasan dan kejituan, masanya telah sampai untuk membuktikan kepada dunia, keupayaan mereka di dalam, lantas duduk sama rendah dengan nama-nama besar lain seperti Morbid Angel, Death dan sebagainya.
Album ini menawarkan 17 buah lagu yang dipetik dari kesemua album mereka. Tiada satupun yang tertinggal. Pemilihan lagu sebanyak 17 buah ini sesungguhnya sudah cukup baik kerana ianya menyeluruh. Ia memperlihatkan perkembangan seni ciptaan mereka yang berubah secara agak drastik di dalam album sebelumnya, Serpents of the Light.
Produksi sound album ini boleh dikatakan tip top. Jika diperbuat perbandingan, ianya setara dengan album Morbid Angel ‘Entangled in Chaos’. Cuma Deicide kalah dari segi berat sound gitarnya. Tetapi dari segi keseluruhan, ianya padu dan bisa memecahkan speaker anda jika terlebih pusing. Glen Benton di dalam menerajui serangan Deicide ke atas peminatnya jarang sekali berbicara. Hanya sekali-sekala beliau berkata, itupun sebagai intro kepada lagu yang akan dipersembahkan.
Sesuai dengan perubahan sound gitar yang dibuat di dalam Serpents of the Light, Deicide meneruskan sound tersebut di dalam album live ini. Ianya agak tajam tetapi tidak membingitkan.
Deicide telah membuktikan mereka masih berkuasa. Dan masanya masih lama untuk mereka jatuh dari takhta mereka…
*****-BG
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
Deicide - In Torment In Hell CD (Roadrunner , 2001)
|
|
Glen Benton dan rakan-rakan muncul lagi , dengan muzik Death Metal yang ganas. Kepaduan muzik mereka memang begitu dirasai , serangan permainan drum dipadu pula dengan keserasian permainan gitar yang bisa menyeksa pendengaran anda , hentaman ! pukulan ! arrgghhh....agak kejam..Dalam kelajuan permainan muzik mereka tapi kadang-kadang tu dialunkan dengan sederhana kelajuannya , tapi ia masih lagi berat , lagi sekali mendatangkan ketidakselesaan kepada otak anda!! Mood nya masih ‘dark’ , permainan muziknya , memang saya dapat kenali !! inilah Deicide . Liriknya juga masih dengan topik yang sama cuma digubah menjadi begitu menarik..sesuai dengan tajuk album mereka . Vokalnya tak usahlah bercerita panjang lebar . Anda sebagai peminat Deicide seharusnya tahu dan dapat mengenali suaranya. ‘In Torment In Hell ‘ begitu menyeksakan !!.
4/5 - Pikrama ABD
|
|
|
|
|
 |
 |
 |
|
|