|
Kalaulah Dislocated Cerebrum diletak pada sound yg lebih padat dan keras pastinya demo sulung mereka bakal bergegar disebalik dunia moden era myspace waktu ini. Dalam ketika ramai yg sukar dan liat utk menghasilkan sesuatu yg ‘hardcopy’. Mereka tampak lebih bersemangat dalam hal ini .. dan hasilnya ialah sebuah demo dan juga 6 lagu diletak pada bungkusan yg lebih kreatif.
Realitinya Grind sentiasa dilihat pada satu sisi, yangmana satu pandangan bahwa ianya adalah layer kepada ‘brutality’ ataupun beats pantas daripada drum. Tapi yg bertambah peliknya Dislocated Cerebrum tidak menyebut mereka daripada genre tersebut. Walaupun tanpa mendengar demo sulung ini saya begitu pasti mengenai muzik mereka tapi ia adalah perkara disebaliknya , membuatkan pandangan pertama saya tersasar sikit heh. Lagipun dengan otak yg hampir tepu setelah mendengar ribuan album, genre bukanlah perkara utama.
Benarlah, ditangan band tempatan Dislocated Cerebrum – mereka cuba melakarnya pada satu tahap yg lebih baik , dengan penggunaan line gitar yg bermelodi , ia tampak lebih mudah ditambah dengan beats drum yg sederhana yg banyak digunakan mereka dan menjadi sangat mudah utk dihayati ... Tapi apa yg membuatkan lagu mereka menjadi menarik adalah dari segi tahap layer demi layer yg diletakkan, dgn solo yg melodik saling berlapik antara riffing gitar, ianya adalah untuk menghasilkan muzik yg kedengaran lebih variasi dan tidak terlalu monotous dengan riffing yg lebih meninggalkan ruang kosong. Meningkatkan sikit kualiti susunan mereka dan ia adalah antara penyebab muzik mereka sentiasa melekat. Ditambah dengan duo vokalis begitu selari dengan mainan ‘rhythm’ mereka. Dislocated Cerebrum tidak gagal sepenuhnya dengan hasil sulung mereka.
Saya bukanlah seorang yg amat teruja dan mudah terpengaruh dengan tagline – Melodik. Dengan longgokan sampah melodik diluar sana ia sebenarnya adalah satu rahmat dalam mematangkan telinga. ‘The State Of Pathological Depressed’ sebenarnya terhasil dengan susunan lagu yg meyakinkan tanpa ada melodi yg meloyakan ataupun kebudak-budakkan.
3/5-Pikrama
|