Dream Theater
- Number Of The Beast



Mungkin Dream Theater amat berjaya apabila membuat cover song daripada album Master Of Puppet tapi bila berhadapan dengan gergasi Heavy Metal dunia, mereka berada ditengah-tengah antara peminat fanatik Iron Maiden dan ‘die hard fan’ mereka sendiri ... buat mereka yang amat mengagumi Iron Maiden, vokal Bruce dan sound standard yg telah di trademark oleh ketiga-ketiga gitaris mereka yang ada sekarang pastinya merasakan Iron Maiden bukanlah calang-calangnya! Ia adalah satu titik noktah !

Mungkin pembawaan Dream Theater yang tidak lengkap? Mereka membawa lagu-lagu Iron maiden dengan menggunakan 1 gitar sahaja, walaupun sound untuk album live ni begitu baik sekali tapi malangnya terdapat ruang-ruang kosong yang ditinggalkan, kita seperti tercari-cari kemana hilangnya gitar yang lagi satu dan dimanakah ‘feel’ keramat yang telah diberikan oleh Bruce, tapi anda seharusnya tahu ! ini adalah cover song !!! Dan anda seharusnya ingat juga, saya bukan memberikan pandangan daripada nada negatif kerana sebagai pendengar yang telah menjadi pendengar Iron Maiden sekian lamanya, pasti akan mengharapkan perkara yang serupa apabila pemuzik hebat seperti Dream Theater membawakannya tapi bila mengingatkan ianya cover song mungkin akan ada sedikit kompromi.

Daripada aspek muzikal Dream Theater tiada masalah dalam perkara ini dan mereka membawakannya melalui sisi mereka sendiri dan bagi saya sendiri walaupun merasakan kekurangannya tapi sebenarnya Dream Theater amat berjaya apabila membuat setiap lagu cover dengarkan bagaimana mereka membawakan Gangland (menggunakan gaya Jazz) tapi dalam kes ini mereka tetap tidak mampu untuk menewaskan kumpulan asal ... malah jika ada yang bertanya dimanakah gitar yang lagi satu? Jawapannya, mereka gunakan piano.



- Pikrama

Dream Theater
- Train Of Thought
(Elektra Ent. , 2003)


Saya tidak tahu mengapa tangan ini laju mengangkat untuk membeli bila nampak sahaja album terbaru ini walaupun keadaan poket yang tak mengizinkan , ianya sukar untuk dikatakan tapi bila habis sahaja mendengar album ini saya rasa puas hati setiap sen yang saya keluarkan . Jika nak cakap banyak pun ianya kelihatan seperti saya mengulang-ulang perkataan yang telah saya tulis tentang mereka sebelum ini.

Kali ini muzik mereka lebih menyerlahkan unsur Metal , ya! Album ini agak keras dan ianya lebih mengingatkan saya kepada kerja-kerja awal mereka walaupun dalam album sebelum ini ‘Six Degrees Of Inner Turbulence’ mereka ada memuatkan lagu seperti ini tapi lagu-lagu ‘ballad’ boleh dikatakan lebih memenuhi dalam citarasa album tersebut sesuai untuk saya dalam melayan perasaan(.) . Mungkin saya boleh mengatakan yang album ini lebih kepada konsep album lama mereka tapi apa yang pasti dari segi susunan lagu mereka kali ini begitu baik sekali walaupun dalam muzik yang kompleks , mereka seperti cuba memastikan yang ianya ‘mudah diterima’ , lagipun pada saya lagu-lagu kali ini tidaklah sukar sangat untuk dihayati mungkin penerapan antara muzik yang keras , rancak dan kompleks oleh mereka telah dapat di gabungkan dengan baik bersama unsur muzik perlahan dan ‘ballad’ yang semestinya mahu ditonjolkan oleh mereka dan tak hairan kerana dalam album-album sebelum ini pun mereka kelihatan begitu meyakinkan dan begitu bagus dalam memainkan lagu-lagu yang berentak ballad .

Dengarkanlah lagu ‘Endless Sacrifice’ yang memaparkan hasil gabungan yang begitu baik . Keseluruhan album ini menampakkan kesamarataan dari segi keras dan kelajuannya , unsur Metal yang lebih pekat !.

- Pikrama

Dream Theater
- Six Degrees of Inner Turbulence 2 CD
(Elektra Ent. , 2002)


Semua album mereka yang saya miliki tidak pernah membuatkan saya bosan walaupun telah berpuluh kali mendengarnya walaupun telah bertahun memilikinya...ianya kadangkala menjadi ‘santapan’ telinga dikala kebosanan . Dream Theater begitu hebat dalam manipulasi perasaan dengan alatan muzik mereka. Keegoan dalam menunjukkan kemahiran mereka memang jelas.
Six Degree Of Inner Turbulence didatangkan dengan 2 disc yang mana setiap satu disc seperti diberikan ‘personaliti’ tertentu.
Disc 1 lebih menitik beratkan irama Progresif Rock yang berat yang mana permainan gitar yang keras begitu menguasai dalam setiap lagu , sentuhan gitar yang begitu menyerlah , penuh dengan bahagian-bahagian yang seperti disentap . Kerja berkumpulan yang begitu baik , lagu-lagu yang bertenaga begitu menguasai dalam disc ini walaupun diselitkan lagu yang perlahan seperti lagu ‘Disappear’..Lagu-lagu mereka kali ini agak senang diterima ataupun agak ‘friendly’ pada apa jua keadaan..
Disc 2 dipecahkan kepada 8 lagu yang mengambil masa lebih 40 minit . Yang mana permainan agak lembut dan lebih balada , dengan susunan lagu yang lebih mudah dihayati ataupun lebih komersial , walaupun begitu pembawaan muzik oleh mereka tidaklah begitu mudah atau semudah yang saya maksudkan kerana ianya masih teknikal serta memerlukan ‘timing’ yang tepat . Malah lagu-lagu mereka mereka yang perlahan dibawa dengan begitu baik walaupun seperti ‘slow’ dan ‘steady’ namun permainan gitar yang keras tidak dibuangkan sama sekali serta diselitkan dengan solo-solo yang menarik . Saya tak pernah menafikan kehebatan mereka dalam membawakan lagu-lagu yang berentak balada daripada album Change Of Season hingga ke album ini . Malah lagu-lagu cover yang pernah dibawakan begitu ‘menangkap sekali’ apabila dimainkan oleh mereka...Ianya seperti menjadi ‘lebih baik’ apabila dimainkan semula oleh mereka.

- Pikrama

Dream Theater
- Six Degrees of Inner Turbulence 2 CD
(Elektra )


This 2-disc set is a concept offering that features several ten-plus minutes tracks on the first CD, with the second being one long song-though thankfully it is separated into eight sections that can be accessed by my sister's discman. Some 'Clone'-era Threshold shows up at times on disc #1, as it is the heavier offering of the two. There's great drumwork throughout--always a strong DT point. This release should have a little bit of something for fans of each of the "stages" that Dream Theater has dabbled in. However, there are still bands in the same genre (power/prog) that do it quite a bit better, but continue to lack the publicity push that DT enjoys... Fast drums and heavy pull-offs romp through the nasty opener "The Glass Prison," and there's lots of mid and end-track ripping to be heard. "Blind Faith" features a light start, but a heavy and methodical rhythm eventually takes over. More strong riffing surfaces in "The Great Debate".
Disc two contains the eight-part "Six Degrees of Inner Turbulence," with the sectional highlights being "The Test That Stumped Them All" and the smooth and lighter "Solitary Shell". A good offering, and the amount of material contained here avoids being overkill due to its commendable talent and quality. A must for all local hardcore DT fans.

- Sarah Nisa