|
Jika Langsuyr dan Sil Khannaz telah kurang menyengat dengan Death Metal mereka , apakah sebuah kumpulan yg telah lama berada didalam scene mampu mengisi kekosongan yg telah ditinggalkan itu , mereka yg tidak tahu – Ephemeral telah wujud lebih sedekad yg lalu bersama memeriahkan scene Metal semenjak tahun 90an lagi , dengan keluarnya demo pertama pada 1996 nama mereka dengan cepat merangkak naik. Demo ‘Symphony Damnation’ merupakan batu loncatan buat mereka sehinggakan 2 buah lagu turut dimuatkan kedalam kompilasi ‘Eastern Invasion’.
Dengan album ini Ephemeral kelihatan tetap dengan genre yg telah dibawa mereka selama ini . Mereka masih lagi kelihatan variety dengan thrash/heavy/death dan apa yg membezakannya dengan sebelumnya adalah sound yg lebih ‘defined’ , pengolahan sound yg lebih padat sehinggakan lagu dalam demo mereka turut dimuatkan kedalam album ini dengan hasil yg pastinya berlainan walaupun strukturnya tidak banyak berubah , kita dapat merasakan perbezaannya dengan jelas … genre Death Metal lebih menyerlah .
Apa lagi boleh dikatakan tentang vocal mereka , semenjak awal kemunculan lagi beliau mendapat pujian daripada para pengkritik . Yang lebih menarik lagi ialah permainan drum daripada Lee yg lebih kemas dan amat menonjol , riffing yg sangat menarik begitu menyerlah utk setiap lagu dalam album ini , Ephemeral benar-benar mengambil kesempatan dengan album diy yg telah sekian lama dirancang dan menghadapai pelbagai masalah . Jika diluarnegara kita terus dikejutkan dengan rilisan hebat Death Metal daripada Cannibal Corpse , Unleashed , Krisiun , Deicide , Vader dan ramai lagi jaguh Death Metal dunia . Namun tahun 2006 menyaksikan tiada rilisan tempatan yg benar-benar berkemampuan utk dinobatkan sebagai jagoan Death Metal , tapi ... nasib baiklah Ephemeral sempat juga mengeluarkan album mereka dipenghujung tahun 2006 .
4/5 -Pikrama
|