|
Evanescence didatangkan dari Arkansas. Merupakan sebuah band yang bersandarkan kepada elemen atmospheric/gothic dan bertunjangkan vokal rintihan wanita ala Enya. Kumpulan ini pada mulanya dikecam seketika oleh peminat sejati muzik goth kerana unsur rapping yang ditampilkan dalam single pertama mereka "Bring Me to Life".
Namun jangan anda tersalah sangka, kerana ianya hanya Paul McCoy dari kumpulan 12 Stones yang diundang untuk menyanyi dalam track itu - dan track itu sahaja. Hahah! Jangan risau, tiada lagi lagu lain yang menampilkan vokalisasi ala nu-metal dalam album ini, sebaliknya muzik Evanescence amat melodic dan metallic sekali! Pengaruh Lacuna Coil yang tebal kadangkala dapat dirasakan oleh penulis, begitu juga dengan The Gathering – namun Evanescence bagaimanapun lebih kerap mengenakan sound distortionnya jika hendak dibandingkan dengan 2 band yang penulis sebutkan awal tadi. Lagu yang telah dikenalkan terlebih dahulu "Bring Me to Life" diakui mempunyai flow yang sedap, dan "Going Under" mempunyai tune yang menarik dan kuat. Antara lagu lain yang hebat ialah "Tourniquet," "Imaginary," "Taking Over Me," and "My Last Breath". "Hello" menampilkan nyanyian soprano yang dahsyat disamping alunan piano yang mengasyikkan, dan "Whisper" ialah lagu yang solid; mengakhiri Fallen dengan bergitu berkesan.
P/s Beli album ni kalau inginkan sesuatu yang tipikal tetapi memuaskan hati anda!
4.4/5-Bijak_sinneR
|