|
Kata-kata mereka yang berharap belum ada kumpulan tempatan yang tampil dengan hasil yang sebegini dengan dipengaruhi oleh muzik Symphonic mahupun Epic, sebenarnya memberikan satu perasaan agar promo ini tidak begitu mudah dikatakan sebagai hasil yang tipikal malah sebagai kumpulan baru mereka lebih mengambil langkah yang penuh berhati-hati, menghasilkan promo dengan production yang berkualiti (jelas dan menonjol) dan sedia menerima apa jua kritikan. Tapi bahagian yang paling mendebarkan tentunya adalah kritikan...
Everlasting Tales merupakan titik tolak daripada minat Fharees (tulang belakang) dalam Symphonic Metal dan terus memanipulasi kretivitinya untuk menghasilkan promo cd ini. Tapi yang pasti beliau begitu terpengaruh sekali dengan kumpulan-kumpulan daripada Eropah maka hasilnya bolehlah kita bayangkan sedikit, gaya dan lenggokan vokal (ya! Mereka menyanyi) kadang-kadang terlalu Eropah (boleh rujuk gaya Rhapsody tapi bukan daripada segi kemerduan! Terutamanya lagu ke-2), mungkin mereka patut mencari gaya yang lebih sesuai ataupun tidak seperti kebiasaan yang tipikal ataupun mungkin adalah kerana setiap vokal mereka masih tidak bersedia? Inilah yang disebutkan mereka semasa menyerahkan promo ini kepada saya, secara peribadinya vokal mereka masih boleh ditingkatkan dengan latihan untuk memantapkan cara sebutan juga kepada sebutan yang lebih ‘clear’ dan jika ini dapat mereka lakukan pastinya ruang untuk mereka terus ‘bergerak’ masih terbuka. Lagipun jika dikira daripada aspek muzik, mereka telah memberikan permainan mantap dan susunan yang ‘tight’.
Tapi yang paling menyerlah dalam Promo ini ialah bahagian keyboards yang seperti memenuhi setiap ‘ruang’ yang dikuatkan dengan meletakkan pelbagai layer, malah rasanya mereka patut melakukan kajian mengenai bunyi-bunyian, kalau difikirkan bunyi flute, Rhapsody memang suka menggunakannya malah Luca Turilli pun ada menggunakannya dalam kumpulan projek beliau (Luca Turilli) , dan Everlasting Tales seharusnya memanipulasi kan bunyi flute agar tidak seperti terlalu mengikuti pengaruh mereka.
Tapi adalah sesuatu yang sukar untuk mengatakan promo ini satu hasil yang membanggakan kerana jika anda biasa mendengar Rhapsody anda akan mendapatinya terlalu biasa bukannya saya cuba membuat perbandingan dengan kumpulan besar ini tapi macam yang saya kata melodinya harus melekat (sepertimana Symphonia Melonia) agar tidak kedengaran terlalu ‘general’, tapi secara keseluruhannya promo ini masih dapat memikat sambil berjaya dalam memberikan elemen simfonik dan melodik tapi jika hendak bersaing diperingkat yang lebih tinggi sesuatu harus dilakukan dan promo ini sesuai sebagai satu langkah permulaan...
-Pikrama
|