|
‘Shovel Headed Kill Machine’ menuju keatas dengan pantasnya, menendang kebawah album keenam sebelum ini, Exodus memperlihatkan aksi yang dijangka buat Bay Area Thrash Metal. Exodus menampakkan tahun 2005 lahirnya sebuah album hebat dari scene Bay Area setelah scene mereka berjaya pada tahun 80an diseluruh dunia dengan sound dan aksinya malah tanpa segan silu setiap band Bay Area sentiasa dan terus tampil dengan mencipta satu cliche demi cliche dalam mengekalkan satu trademark dari San Francisco.
Dan pastinya Gary Holt yang kini berseorangan akan cuba sedaya upaya untuk meneruskannya dan menunjukkan bahawa beliaulah penggerak utama Exodus selama ini malah untuk album sebelumnya kebanyakkan lagu ditulis oleh beliau sendiri, dengan menyusun kembali setiap line up mereka, Exodus tampak lebih bertenaga. Vokalis terbaru Rob Dukes amat marah, lebih garang dan ‘extreme’, kadang-kadang akan mengingatkan kita pada Thrash Eropah, beliau seolah memberikan gambaran baru buat Exodus dan membuatkan peminat-peminat yang telah mengikuti Exodus sejak era Paul Baloff akan sukar untuk menerimanya. Malah drum yang amat aktif dengan double paddle yang tiada henti dari Paul Bostaph, begitu ‘meletup-letup’ bunyinya, akan membuatkan kita terfikir akan alasan beliau ‘ditendang’ keluar dari Slayer dahulu. Beliau masih kekal hebat. Akhir sekali gitaris, Lee Altus(dari band Heathen) yang pantas digantikan setelah keluarnya Rick Hunolt melengkapkan sebuah band hebat sepertimana yang diimpikan oleh Gary Holt (satu-satunya line-up asal Exodus).
Album ke-7 ini secara temanya lebih extreme dari segi ‘feel’ muziknya dan disokong dengan cover yang lebih ganas berbanding sebelum ini, dan tentunya dengan persetujuan ramai, ia satu peningkatan taraf dari album ‘Tempo Of The Damned’ dan kekal dengan sound yang lebih moden. Exodus kekal dengan kehebatannya, riff yang hebat dan agresif sentiasa kekal didalam album mereka, walaupun ia takkan menjadi album terhebat sekurang-kurangnya ia akan berada didalam senarai antara album terhebat tahun 2005 !!!
-Pikrama
|