Farasu
-Blackmoon Eclipse
(EP 2006 , self released)

Ia mengingatkan suatu masa diketika scene Metal tempatan amat dipengaruhi dengan 'Eastern Metal' , dengan dipenuhi debu dan karat yg ditinggalkan akibat lama terpendam dengan gagalnya setiap band dlm mengkhususkan genre mereka ataupun setidak-tidaknya dalam menjana genre Eastern . Eastern Metal seperti memerlukan satu karakter baru dalam menjelmakannya dengan lebih bergaya dan menutup mulut segala prejudis yg ada . Dalam keributan ini muncul Farasu , MCD ini merupakan lanjutan dengan promo CD mereka pada tahun 2005 .

'Blackmoon Eclipse' melihatkan idea dalam meneruskan perjuangan Farasu , dengan sound yg raw akibat dari rakaman secara live tapi setidak-tidaknya ia kedengaran dengan jelas dengan sound gitar yg thashy walaupun kurang mampat utk dikatakan kepada satu rilisan profesional malangnya ia kedengaran kosong mungkin tambahan satu layer gitar amat membantu tapi inilah kelemahan rakaman live jika hanya menggunakan seorang guitarist , apatah lagi bila muncul bahagian solo.

Tapi setidak-tidaknya kita perlu memberi kredit kepada pencipta kerana mempunyai idea dengan 'ryhthm' yg menarik walaupun jika dilihat permainan gitar mereka agak mudah dijangka ataupun begitu 'redundant' , tapi ianya mungkin menjadi lebih menarik jika digilapkan lagi dengan lebih variasi. Secara jujurnya saya melihat mereka mempunyai kelebihan dan masih banyak lagi yg perlu dibaiki terutama jika rakaman dilakukan secara pro mungkin hasil MCD ini lebih berlainan . Jika nak diungkap flow lagu juga mempunyai turun naik - Gerhana Rembulan Hitam - adalah sebuah lagu yg 'highlight' utk EP ini dengan drum bass yg berlari-lari , malah vokal utk Ep begitu padat memberikan satu elemen yg lebih agresif , malangnya lagu seterusnya melihatkan betapa unsur dan permainan yg berulang-ulang dan yg lebih berlainan adalah lagu -Invasion- dengan percubaan membawanya dengan clean vokal dan sedikit growl , merupakan satu-satunya lagu mencampurkan unsur heavy metal ... masih lagi mediocrity , mungkin mereka perlukan masa utk membuktikannya dan menafikan dengan setiap tulisan saya tapi setidak-tidaknya ini merupakan hasil yg berani daripada mereka bersama memeriahkan scene Metal.



2.5/5 - Pikrama

Farasu
-Blackmoon Eclipse
(EP 2006 , self released)

Anda seharusnya mati jika ep ini tidak berjaya melakarkan sekuntum senyuman di bibir sebaik sahaja cd ini habis diputar. Level catchiness di dalam album ini sememangnya tinggi sahaja setiap masa. Padat dengan riffing + solo indah yang bisa menghayunkan kepala di setiap saat, vocal yang kejam dan kerja drumming yang tersusun pace-nya.. Farasu ialah antara band ekstrim metal yang harus dibanggakan dari scene Nilai Loud Blast. Berbekalkan inspirasi dari aksi melodic thrash klasik awal seperti Megadeth, Metal Church etc. dan kemudian di-fuse-kan bersama sound Death-ish, Black Moon Eclipse ialah “the real deal” untuk jenisan muzik sebegini.

Apa yang membuatkan album ini sangat menghiburkan ialah betapa simplenya sound yang dihasilkan. not that there’s anything wrong with that. Ianya laju, berat dan SANGAT catchy; di support pula oleh produksi yang sesuai ikhsan dari Synchronic Studio, Kajang. Ianya masih jauh dari perfeksi namun, somehow, ke-raw-an nya lah yang banyak menyumbangkan “the rudeness charm”. Sedikit improvisasi di bahagian drum dan vocal barangkali tidak akan mencacatkan proses kematangan Farasu, tapi sekali lagi ini hanyalah kelemahan kecil sahaja yang harus dipertimbangkan. Penulis berpendapat, ep ini adalah antara rilisan ekstrim tempatan yang harus ditinjau bagi tahun 2006 selain Dislocated Cerebrum & Morggorm. Apapun dibahagian vocal, basically Kotam banyak mengaplikasikan teknik growl death metal konvensional & sekali sekala diselitkan dengan howling high pitch thrash ala Metal Church~! Original tu.. walaupun kadang kala tersasar pitchnya namun boleh diperbaiki lagi di masakan datang.

Mahukan highlights? Terdapat banyak disini dan kesemuanya disusun dengan teratur sekali umpama seperti tidak ingin menganggu konsistensi flow kesemua lagu didalam ep ini. Salah 1 track yang harus ceritakan ialah invasion. Baik bermula dari intro lagu, lagu ini seolah tidak membuang sebarang masa meng-grinding tulang anda sehingga hancur luluh menjadi butiran debu. Selepas sahaja dah jadi debu, ia meriliskan se-plethora riff yang intrikat dengan solo solo yang mempesonakan, hanya beberapa saat terakhir yang bakal meng-grinding anda kembali menjadi debu. Sebuah lagi highlight ialah ‘Patrasari’ dimana ia bermula dengan begitu slow sekali namun kemudian bertukar menjadi riff impressif yang catch & berat. Juga lagu “Midnight Evil Spirit” ialah lagu yang boleh tahan juga hebatnya. Akhir sekali, penulis menyimpulkan ep ini berjaya untuk men-deliver selaras crushing riffs namun dalam fesyen catchy yang amat tinggi didihannnya. Jika anda enjoy death-thrash yang tidak menyimpan sebarang tawanan, maka dapatkan album ini dengan apa cara sekalipun. Sebuah album yang brilliant. Period! Sentiasa tinjaukan kelahiran material kedua dari mereka pula di masa mendatang..



4.5/5 - Bijak_Sinner