Hellimunan (Malaysia)-Dark Universe EP (SpeedRawk, 2002)
|
|
Jika sebelum ini saya lebih mengenali mereka dengan nama sahaja tapi kali ini peluangnya telah sampai untuk mendengar sendiri satu-satunya kumpulan daripada Melaka yang pernah saya ketahui. Jika dilihatkan kepada Hellimunan yang kurang dikenali dan jarang disebut-sebut tapi nampaknya produksi yang digunakan mereka agak bagus. Melihatkan konsep dan cover didalam EP ini mereka lebih kepada kumpulan Samael dengan konsep galatika namun daripada segi muzik ianya berlainan sama sekali kerana Hellimunan lebih menumpukan kepada Melodik yang kadang-kadang saya melihat mereka kepada Gothenberg Death Metal yang tentunya pengaruh daripada In Flames lama terutamanya lagu ‘Perfect Elemen’ dan ‘In My Darkest Glory’ pula mengingatkan saya kepada Rotting Christ lama , boleh dikatakan mereka begitu kuat dipengaruhi kedua-dua kumpulan ini dan banyak mengambil bahagian-bahagian perlahan Rotting Christ dan muzik bertenaga In Flames. Tapi dengan lagu mereka yang agak panjang dan ini yang membuatkannya seperti melarat-larat sikit. Ditambah lagi dengan keaslian muzik mereka yang boleh dipertikaikan tapi sebelum ini Herriot pun jelas terperangkap dengan idola mereka tapi disini Hellimunan masih belum sampai ditahap yang memuaskan kerana walaupun ianya boleh menarik peminat-peminat melodik tapi mereka belum mencapai tahap kematangan kerana muzik mereka masih longgar sedikit dan terlalu meniru pengaruh mereka jika nak dibandingkan dengan Herriot ataupun The Hidden.
-Pikrama
|
|