|
Ini bukanlah merupakan album terbaik yang pernah negara Finland hasilkan, namun bagi penulis ianya cukup memadai untuk mendefinasikan genre muzik yang dimainkan oleh HIM dan ternyata ianya seperti yang diakui oleh mereka iaitu Love Metal! (Alah, gimik je tu.. sebenarnya HIM lebih tepat didefinasikan sebagai pasca-elektonika rock moden yang progresif ala new Amorphis atau U2?) Pada pendapat penulis (personallylah ok..) Love Metal mampu membuatkan penulis cepat ‘jatuh cinta’ dan berpendapat seketika inilah album mereka yang terbaik.
Namun malang sekali, kerana jika ingin dinilai dari terma ‘ketahanan’ (lastability) ianya kecundang kepada Razorblade kerana Razoblade agak susah sedikit untuk anda cepat berasa jemu. Kebanyakan lagu di dalam Love Metal kedengaran seakan sama walaupun ianya bukanlah satu hal yang besar kerana semuanya hebat hebat belaka! Percaya atau tidak, Funeral of hearts merupakan lagu yang paling sedap pernah HIM hasilkan sepanjang karier mereka dude.. Argggh..!! Antara lagu lain yang turut dijangkakan menjadi hit ialah The sacrament, Souls on fire dan banyak lagi lagu hebat yang harus peminat HIM tidak lepaskan. HIM sememangnya patut berterima kasih kepada album ini kerana Love Metal lah yang membuatkan HIM terkenal di UK memandangkan album yang terdahulu tidaklah beberapa berjaya sangat di sana. Disini penulis hanya mampu memberikan 4 1/2 bintang sahaja kerana sebab pertama sekali ialah tiada album yang 100% sempurna (tetapi kekadang tu ada gak album metal lain yang cp cp nak capai status perfek dude. Hahah!), dan kerana ini bukanlah album yang terbaik pernah HIM perhalusi.
In conclusion, penulis rasa anda harus dapatkan album ini tetapi, jika budget anda hanya memadai untuk membeli satu album sahaja, dan anda pula dalam masa yang sama belum lagi memiliki album Razorblade Romance, penulis cadangkan.. dapatkanlah Razorblade terlebih dahulu.
P/s Beli album ni kalau inginkan sesuatu yang tipikal tetapi memuaskan hati anda!
4.5 /5 - Bijak Sinner
|